PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Friday, 4 November 2011

Surat Memohon Sumbangan kepada Yayasan Taqwa...



Pihak ppkskl telah mengutuskan surat memohon sumbangan dana untuk membantu persatuan menjalankan kerja -kerja amal kepada beberapa individu serta yayasan dan antara yg telah kami mendapat jawapan ialah Yayasan Taqwa. .

Ruj. Kami : ( 8 ) PPKSKL/2011 - SM

Tarikh : Oktober 2011

Encik Ahmad Ayob bin Ibrahim

Pengurus Besar

Yayasan Taqwa

Tingkat Bawah Lot 1

Bangunan TH

148 Jalan Ipoh

51200 Kuala Lumpur

Tuan,

Per : MEMOHON SUMBANGAN DANA

Persatuan Perlindungan Kucing Selangor dan Kuala Lumpur (PPKSKL) telah ditubuhkan pada 20hb April 2011 yang bertujuan untuk membela nasib dan memelihara kucing-kucing terbiar yang dijumpai dan mendapatkan satu kawasan yang sesuai untuk dijadikan Taman Kucing atau Zoo Kucing agar nasib haiwan ini terbela dan tidak dianiayai oleh haiwan liar maupun manusia yang kejam. Walaupun pada awalnya agak sukar untuk menubuhkan persatuan ini akhirnya pihak Pendaftar Pertubuhan telah mempertimbangkan dan meluluskannya kerana ini adalah satu-satunya persatuan perlindungan haiwan yang pengasasnya adalah bumiputera.

Hasil usaha daripada Encik Sharul Nizam bin Ab. Rahim yang merupakan aktivis masyarakat Parlimen Padang Rengas dan juga merupakan aktivis kucing dan salah seorang Ahli Jawatankuasa dalam PPKSKL kami telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Dato’ Noh Omar di mana melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia beliau pada dasarnya telah bersetuju untuk memberi tanah kepada PPKSKL bagi mengusahakan Zoo Kucing di Malaysia. Lokasi yang dicadangkan adalah Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya, Shah Alam.

Sebagai persatuan yang masih baru, PPKSKL memerlukan dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan perancangan untuk kucing-kucing terbiar tersebut termasuklah penyediaan makanan dan tempat tinggal yang sempurna. Untuk makluman tuan sekarang ini telah ada 213 ekor kucing yang dipungut dan diselamatkan dalam jagaan kami. Melalui saranan daripada Encik Sharul Nizam bin Ab. Rahim kami mengharapkan sumbangan dana daripada pihak tuan agar dapat sama-sama membantu menggerakkan persatuan ini.

..2

2

Sumbangan dana bolehlah disalurkan ke akaun PERSATUAN PERLINDUNGAN KUCING SELANGOR DAN KUALA LUMPUR, NO. AKAUN : 12-122-01-000847-1 (Bank Islam Malaysia Bhd., Cawangan Ampang, Selangor).

Kerjasama tuan di dalam perkara ini sangat-sangatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



( JAMIL BIN ISMAIL )

Pengerusi PPKSKL

Dan ini jawapan dari mereka bukan satu tapi 2 surat balasan. apa pun kami PPKSKL menerimanya dengan hati yang terbuka.



Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1

No comments:

Post a Comment

Assalamualikum

walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.

Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!