PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Tuesday 22 November 2011

Menampal memorandum AMARAN terhadap Penganiaya kucing..

Pengerusi dan ahli ahli Jawatankuasa Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur telah menghantar memorandun AMARAH kepada Goodyear court 9c JMB MANAGEMENT DI SUBANGJAYA.

Malam tadi 22 / 11 / 2011 semua ahli jawatan kuasa Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur dan beberapa orang pencinta-pencinta kucing telah berkumpul di Subang Jaya iaitu di GOODYEAR COURT 9C ( JMB MANAGEMENT ) untuk menampal memorandum AMARAN terhadap pihak pengurusan Goodyears Court yang di laporkan telah menganiaya kucing-kucing terbiar di dalam kawasan kediaman tersebut.

Pihak pengurusan terutamanya seorang wanita cina yg di kenali sebagai ( MEH ) di katakan telah melarang penduduk di situ memberi makan kepada kucing-kucing terbiar di situ. Malahan menurut laporan yg PPKSKL terima beliau pernah merampas makanan dari seorang penduduk yg cuba memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar di situ. Ini satu tindakan kejam dan boleh di kategorikan sebagai menganiaya haiwan terutamanya kucing dalam diam.

Pihak Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur memandang serius perkara seperti ini , malah pihak kami juga telah mengutuskan surat amaran kira-kira 2 bulan lepas tetapi nampaknya mereka memandang enteng. Malah cuba melakukan provokasi terhadap penduduk yg prihatin terhadap haiwan . Pihak PPKSKL juga telah berjaya mengadakan demonstrasi aman dengan bantuan pihak polis yg di minta datang untuk memastikan tiada apa apa yang tidak di ingini berlaku.
Wakil-wakil dari jabatan Veterinar selangor

Kami di beri mana 5-10 minit untuk membuat sedikit ucapan yg di luahkan oleh Ajk Biro Dana sdr Sharul Nizam dan sedikit dari Pengerusi sendiri. Kemudian kami di iringi oleh anggota polis pejabat pentabiran untuk menampal memo.Kemudian kami bersurai secara aman menuju ke IbuPejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk membuat Laporan polis.
Pengerusi menampal memo di pintu pejabat JMB MANAGEMENTS OFFICE

Turut hadir dalam program malam tadi ialah Pegawai polis, dan anggota, 4 Orang Wakil dari Jabatan Haiwan Selangor dan beberapa penduduk di situ. Pengerusi mengucapkan terimakasih kepada pihak polis , pihak Jabatan Haiwan Selangor kerana memberi kerjasama sepenuhnya.

Penduduk yang turut serta.

Tidak layak lah kami di gelar PERSATUAN PERLINDUNGAN KUCING SELANGOR DAN KUALA LUMPUR jika kami membiarkan mana-mana manusia di bumi malaysia ini menganiaya haiwan terutamanya si comel kucing.

Bank Account : Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

No comments:

Post a Comment

Assalamualikum

walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.

Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!