PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Tuesday 29 November 2011

Jutaan Terima kasih Perhilitan Terengganu..

Pengerusi PPKSKL berjaya membantu menyelamatkan seekor anak berok dari hidup tersiksa dan merana..

Terimakaksih kepada Sdr Wan Nasiruddin kerana mengambil foto ini dan telah menyelamatkan satu nyawa dari teraniaya walaupun haiwan.

Foto pertama ini di postkan oleh seorang kawan pengerusi PPKSKL di fb beliau. Pengerusi telah terjumpa dan cuba mendapatkan maklumat. Apabila maklumat yg pengerusi dapati menunjukan yg haiwan comel ini teraniaya, Pengerusi terus memulakan gerak kerja untuk menyelamatkannya. Dari mula mendapatkan alamat, kedudukan di mana. kemudian pengerusi terus menghubungi KP Pengarah Perhilitan Tetengganu melalui email dan juga panggilan ke handphonenya .

Pada keesokannya KP En Yusoff Shariff telah menghubungi pengerusi begitu juga pegawai pegawainya untuk mendapat maklumat penuh kerana jamil berjanji untuk mendapatkan segala maklumat agar tindakan dapat di jalankan segera. Dengan bantuan kawan yg mengambil foto pertama itu pengerusi mendapat maklumat alamat dan kedudukan anak comel ini.

KP En Yusoff Shariff dari mula sentiasa sms perkembangan kepada pengerusi PPKSKL sehinggalah tepat pukul 4.00ptg semalam menurut pengerusi beliau mendapat berita gembira anak comel ini telah diselamatkan .Pengerusi juga telah meminta KP En Yusoff Shariff menghantar foto- foto terkini dan pagi ini beliau telah menghantarnya.

Jutaan terimakasih pengerusi dan AJK PPKSKL ucapkan kepada Perhilitan Terengganu terutamanya KP En Yusoff Shariff dan angota-angota yg bertugas untuk operasi ini. Jasa anda semua tidak akan kami lupakan. Di bawah ini merupakan email daripada KP En Yusoff Shariff

Assalammualaikum w.r.t

Tuan

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan tenang kes penganiayaan pada seekor anak beruk di Kg Mak Jintan, Setiu Terengganu. Seperti yang saya maklumkan hasil maklumat yang tuan sampaikan anggota Jabatan PERHILITAN telah membuat siasatan dan akhirnya menemui beruk berkenaan. Tindakan sewajarnya telah diambil, dan anak beruk berkenaan telah dselamatkan dan diberi rawatan, dan kini ditempatkan sementara di sangkar penjagaan hidupan liar Pejabat PERHILITAN Kuala Berang. Keadaannya semakin pulih dan baik.

Bersama-sama ini saya attachkan gambar berkaitan sebagaimana yang tuan minta. Atas keprihatinan tuan kepada makhluk Allah ini saya doakan Allah swt akan memberi perlindungan kepada tuan pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah azza wajalla

sekian terima kasih

YUSOFF BIN SHARIFF
Pengarah
Jabatan PERHILITAN
Negeri Terengganu



Bank Account:Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor
Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

No comments:

Post a Comment

Assalamualikum

walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.

Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!