Surat pertama telah di hantar dan di atas adalah jawapannya. tetapi setelah menunggu hampir 5 bulan pihak PPKSKL telah mengutus surat susulan ke 2 tetapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa berita.
Ruj. Tuan : PSUKPP/21/0784/62(1690/2011)
Ruj. Kami : ( 3 ) PPKSKL/2011 - SM
Tarikh : 8hb. September 2011
Y.A.B Tuan Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang
Pejabat Ketua Menteri
10502 KOMTAR
PULAU PINANG
Yang Amat Berhormat Tuan,
Per : SUSULAN MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK PERSATUAN
PERLINDUNGAN KUCING SELANGOR DAN KUALA LUMPUR (PPKSKL)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat kami bertarikh 16hb. Mei 2011 dan daripada pejabat tuan PSUKPP/21/0784/62(1690/2011) bertarikh 20hb. Mei 2011 adalah berkaitan.
2. Saya sebagai Pengerusi Persatuan PPKSKL amat berbesar hati sekiranya pihak Y.A.B Tuan dapat menghulurkan bantuan dana untuk persatuan kami agar kami dapat membina sebuah tempat perlindungan kucing yang benar-benar dapat menyelamatkan kucing-kucing terbiar dan kucing-kucing yang memerlukan perlindungan sementara agar tidak berlaku penganiayaan kucing-kucing sebagaimana yang telahpun berlaku di tempat perlindungan kucing di Damansara dan Sungai Buloh baru-baru ini.
3. Untuk makluman Y.A.B Tuan, saya telah membuat kerja amal memelihara kucing-kucing terbiar selama 12 tahun dan sedang memelihara 102 ekor kucing di rumah kediaman saya yang amat terhad. Saya telah mengambil keputusan menubuhkan persatuan ini memandangkan kebelakangan ini banyak berlaku penganiayaan terhadap kucing-kucing terbiar dan saya amat teruja untuk mengadakan sebuah taman kucing agar mereka juga dapat hidup aman dan terpelihara dari sebarang ancaman baik dari manusia kejam mahupun haiwan liar. Impian ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tiada bantuan dari mana-mana pihak. Justeru persatuan kami sangat memerlukan bantuan dana untuk merealisasikan impian ini.
..2/-
2
3. Sumbangan dana bolehlah disalurkan ke akaun PERSATUAN PERLINDUNGAN KUCING SELANGOR DAN KUALA LUMPUR, NO. AKAUN : 12-122-01-000847-1 (Bank Islam Malaysia Bhd., Cawangan Ampang, Selangor).
4. Kerjasama daripada Y.A.B Tuan Ketua Menteri sangat-sangatlah diharapkan dan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
( JAMIL BIN ISMAIL )
Pengerusi PPKSKL
Surat jawapan dari mereka.Apa pun PPKSKL menerimanya dengan hati yang terbuka. terimakasih di ucapkan kerana sudi membalasnya.
Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1
No comments:
Post a Comment
Assalamualikum
walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.
Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!