PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Wednesday 8 February 2012

Pertemuan Dgn Menteri Pertaniah Dan Asas Tani



Setelah ber tweet dengan YAB Menteri pertanian dato Seri Noh Omar beberapa kali dan memohon untuk berjumpa. saya di arahkan oleh DS Noh untuk menghubungi pejabat untuk membuat temu janji. dan Hari ini Rabu 08 / 02 / 2012 tepat jam 1.30pm saya telah mengadakan pertemuan secara tertutup dengan YAB Menteri Pertanian Dan Asas Tani Dato Seri Noh Omar di pejabat beliau. perjumpaan kami yg mengambil masa hampir 1 jam berkisar tentang taman kucing yg di cadangkan di Taman Botani Bukit cerakah shah alam. antara yang di bincangkan ialah

1 ) Harapan rakyat terutamanya ppkskl dan saya khasnya untuk mempercepatkan pembinaan taman tersebut , dan saya juga memohon dan berharap jika ada masaalah maasaalah tecxnical kecil dapat di permudahkan. supaya apa yang di rancang berjalan dengan sempurna.

2 ) Dengan adanya taman kucing tersebut dapatlah ppkskl membantu haiwan haiwan terbiar( kucing ) dan juga dapat membantu pencinta haiwan contohnya seperti puan Nicole yang mana di beri kata dua oleh DBKL.serta banyak lagi.ada yg memohon kepada jamil sebab mereka di datangi pegawai dbkl ke rumah mereka.

3 ) Tentang dana yang mana itu adalah masaalah utama ppkskl. tetapi YAB Menteri berjanji akan membantu dengan sumbangan dana untuk meningkatkan persarana dan juga beliau memberi idea untuk ppkskl membuat pinjaman di Agro bank yg mana beliau akan membantu dengan surat sokongan . dan saya akan berusaha sendiri ke agro bank untuk melihat syarat syarat nya. jika syarat-syarat nya elok dan baik serta tidak membebankan barulah saya akan memohon DS noh untuk memgeluarkan surat sokongan.

4 ) YAB Menteri sendiri bersetuju dgn taman tersebut. malah menurut beliau dari hati beliau sendiri amat menyokong terbinanya taman tersebut. tetapi disebabkan beberapa prosedur jadi perkara ini terdapat sedikit kelewatan .Serta beliau menunggu laporan dari pegawai bawahan beliau yg sedang meneliti dari segala segi.

5 ) Menurut Ds Noh Omar beliau sendang menunggu laporan penuh dari Tuan Haji Othman Saad bahagian SSIDD sebelum mengeluarkan surat resmi. jadi beliau meminta ppkskl dan pencinta haiwan dapat bersabar sedikit masa lagi.

Jadi saya amat berharap pencinta pencinta haiwan , ahli ahli facebook ppkskl , ahli ahli facebook jamilkucing dan semua pencinta haiwan sama samalah kita berdoa semoga semuanya berjalan dgn lancar.

Biarlah saya sendiri melakukanya , biarlah saya sendiri mencari dana. walau saya terpaksa bergolok bergadai demi haiwan insyaallah akan saya lakukan . sebab terus terang saya katakan impian ini boleh di katakan impian saya sendiri. jadi walau apa pun saya tetap kena berusaha sendiri untuk memenuhinya. saya tidak mahu lagi mengharap bantuan dan pertolongan atau janjian orang.tak perlulah saya membusukan sesiapa.

Saya terpaksa membooking sebuah teksi untuk kesana. dgn bayaran pergi balik dan menunggu pakai meter rm 85 tetapi di kurangkan rm 80 , jgn risau saya tidak akan claim tambang ini. biarlah saya gunakan duit saya kerana impian taman kucing salah satu impian saya. saya tak mahu nanti ada yg menuduh saya mengunakan dana persatuan sesukahati.

Saya terpaksa pergi sendiri kerana ajk ajk yg saya ajak mempunyai kerja adan agenda yg mereka tidak dapat batalkan. saya amat memahami. kerana mereka mempunyai kerja sendiri yg perlu di patuhi. jadi sebagai seorang pengerusi. dan orang yg mahu benda atau perkara ini jadi terpaksalahs aya berusaha kerana. antara yang saya ajak pergi timbalan pengerusi Sdr Luqman onn , dan Ajk biro ligistik Sdr zakuan . Sdr luqman ada interview yg beliau tak dapat cancelkan. manakala sdr zakuan berkerja hari ini. Saya rela berkorban semuanya untuk menjadikan impian saya dan pencinta haiwan semua Tercapai.

UPDATE:

Tak kira siapa mereka walau parti mana sekali pun seperti yg jamil katakan ppkskl tiada kena mengena dgn politik, saya jenis orang yg berfikiran terbuka , kalau betul saya kata betul, kalau tak betul saya kata tak betul. itu sahaja. saya tak pandai berlakon. tanpa prejudis pada saya DS Noh Omar Telah berjasa dan mempunyai jasa terhadap pecinta pecinta haiwan ,walaupun andai kata taman kucing ini tidak terjadi jasa beliau ialah beliau ada hati terhadap pembinaan taman kucing ini. perlu di ingatkan tanpa mengira apa apa parti politik.

Saya akan mempertahankan beliau dari apa sahaja tuduhan bukan kerana nak membodek atau nak mengampu, tetapi saya melihat beliau seorang pemimpin yg mempunyai hati dalam membantu haiwan , dan orang yg ada hati terhadap haiwan mereka tentu juga mempunyai hati dalam membantu rakyat. walaupun ada yg saya anggap pemimpin saya tetapi langsung tiada hati untuk membantu haiwan atau menjayakan harapan pecinta haiwan. seperti yg saya katakan demi haiwan saya snaggup melakukan apa sahaja tetapi saya bukan jenis yg nak bercerita sampai cerita keluar darah atau masuk penjara.

Kepada mereka mereka yg berakal waras nilailah sendiri hasil kerja saya , kerana saya bukan jenis suka mendabik dada , adakahs aya tidak mengajak timbalan pengerusi atau ajk. fikirkanlah. siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Jamil Bin Ismail
Pengerusi / Pengasas
Persatuan perlindungan Kucing
Selangor Dan Kaula Lumpur