PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Tuesday, 29 November 2011

Jutaan Terima kasih Perhilitan Terengganu..

Pengerusi PPKSKL berjaya membantu menyelamatkan seekor anak berok dari hidup tersiksa dan merana..

Terimakaksih kepada Sdr Wan Nasiruddin kerana mengambil foto ini dan telah menyelamatkan satu nyawa dari teraniaya walaupun haiwan.

Foto pertama ini di postkan oleh seorang kawan pengerusi PPKSKL di fb beliau. Pengerusi telah terjumpa dan cuba mendapatkan maklumat. Apabila maklumat yg pengerusi dapati menunjukan yg haiwan comel ini teraniaya, Pengerusi terus memulakan gerak kerja untuk menyelamatkannya. Dari mula mendapatkan alamat, kedudukan di mana. kemudian pengerusi terus menghubungi KP Pengarah Perhilitan Tetengganu melalui email dan juga panggilan ke handphonenya .

Pada keesokannya KP En Yusoff Shariff telah menghubungi pengerusi begitu juga pegawai pegawainya untuk mendapat maklumat penuh kerana jamil berjanji untuk mendapatkan segala maklumat agar tindakan dapat di jalankan segera. Dengan bantuan kawan yg mengambil foto pertama itu pengerusi mendapat maklumat alamat dan kedudukan anak comel ini.

KP En Yusoff Shariff dari mula sentiasa sms perkembangan kepada pengerusi PPKSKL sehinggalah tepat pukul 4.00ptg semalam menurut pengerusi beliau mendapat berita gembira anak comel ini telah diselamatkan .Pengerusi juga telah meminta KP En Yusoff Shariff menghantar foto- foto terkini dan pagi ini beliau telah menghantarnya.

Jutaan terimakasih pengerusi dan AJK PPKSKL ucapkan kepada Perhilitan Terengganu terutamanya KP En Yusoff Shariff dan angota-angota yg bertugas untuk operasi ini. Jasa anda semua tidak akan kami lupakan. Di bawah ini merupakan email daripada KP En Yusoff Shariff

Assalammualaikum w.r.t

Tuan

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan tenang kes penganiayaan pada seekor anak beruk di Kg Mak Jintan, Setiu Terengganu. Seperti yang saya maklumkan hasil maklumat yang tuan sampaikan anggota Jabatan PERHILITAN telah membuat siasatan dan akhirnya menemui beruk berkenaan. Tindakan sewajarnya telah diambil, dan anak beruk berkenaan telah dselamatkan dan diberi rawatan, dan kini ditempatkan sementara di sangkar penjagaan hidupan liar Pejabat PERHILITAN Kuala Berang. Keadaannya semakin pulih dan baik.

Bersama-sama ini saya attachkan gambar berkaitan sebagaimana yang tuan minta. Atas keprihatinan tuan kepada makhluk Allah ini saya doakan Allah swt akan memberi perlindungan kepada tuan pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah azza wajalla

sekian terima kasih

YUSOFF BIN SHARIFF
Pengarah
Jabatan PERHILITAN
Negeri Terengganu



Bank Account:Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor
Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

Saturday, 26 November 2011

Tahun baru 1433 Maal Hjrah


Assalamualaikum.Selamat Menyambut Tahun baru 1433Maal Hjrah. Semoga dikurniakan yang terbaik dan mendapat berkat & rahmat Allah selalu serta dalam peliharaan Allah sentiasa.Kami dari PPKSKL mendoakan kebahagian anda sekeluarga.


Bank Account: Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor
Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1

Friday, 25 November 2011

Tahniah AJK PPKSKL



Assalamualaikum semua ...

Alhamdullilah selepas pihak PPKSKL mengadakan demonstrasi aman dan menyerahkan memorandum amarah terhadap pihak pengurusan Goodyear Court 9 Subang Jaya minggu lepas, . pihak kami mendapat maklumat dari beberapa peduduk bahawa pihak managements tidak lagi mengganggu gugat kucing-kucing terbiar di situ.

Begitu juga mereka mereka atau penduduk-pneduduk yg memberi makan kucing-kucing di situ. Tahniah!! tahniah kepada seluruh AJK PPKSKL dan pencinta-pencinta haiwan yg turut serta. kita akan buat lagi perkara sebegini andai kata kita mendengar ada lagi tempat yg menggangu gugat kesejahteraan haiwan-haiwan terbiar.

Dan pihak PPKSKL juga berharap jika ada lagi program sebegini untuk haiwan-haiwan terbiar turut sertalah bersama kami demi haiwan. Bukan hanya setakat cakap zalim, kejam di facebook. buat untuk haiwan bukan untuk kami. We dont care who you are, we dont care what races you are, we dont care what politic you are, we dont care what status you are .what we care only safety of animals..

Jamil Bin Ismail
Pengerusi/pengasas
PPKSKL

Bank Account : Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1

Thursday, 24 November 2011

ADUAN KEPADA SURUHANJAYA MULTIMEDIA


ADUAN KEPADA SURUHANJAYA MULTIMEDIA ( SKMM ) Terhadap admin KTAJ .

Assalamualaikum .

Saya sebagai pengerusi persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur ingin membuat aduan terhadap salah seorang admin Facebook KTAJ ( http://www.facebook.com/ktaj0311?ref=ts&sk=wall ) iaitu nerq suzanna sulaiman ( http://www.facebook.com/nerqleman ) .yang juga salah seorang admin KTAJ ( http://www.facebook.com/groups/263520566997212/ ) yang melakukan fitnah di blog Fb beliau iaitu dengan mengatakan yg Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPLSKL ( http://ppkskl.blogspot.com/ ) mengutip sumbangan untuk kucing sendiri. dengan erti kata menuduh PPKSKL menipu orang ramai.. dan ia memang membawa kesan kepada persatuan kami.

Sedangkan persatuan kami berdaftar dengan kerajaan dan dalam perancangan untuk membina sebuah tempat yg di namakan taman kucing atau zoo kucing di tapak tanah yg di berikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Bukit Cerakah . Kami telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan YB Menteri Pertanian Dato Seri Noh Omar ( http://ppkskl.blogspot.com/2011/09/pertemuan-dengan-menteri-pertanian-dan.html ) tentang projek untuk membina taman kucing-kucing terbiar itu. ( http://ppkskl.blogspot.com/2011/10/sila-mendaftar-dengan-kementerian.html )

Pihak kami juga telah membuat laporan polis terhadap beliau. ( http://ppkskl.blogspot.com/2011/11/laporan-polis-terhadap-admin-ktaj-nerq.html ) jadi kami amat berharap pihak SKMM dapat mengambil tindakan terhadap orang yg bertanggung jawab . saya sedia di panggil untuk di soal siasat jika perlu.

sekian terimakasih

Jamil bin ismail

Pengerusi/pengasas

Persatuan Perlindungan Kucing

Selangor dan Kuala Lumpur


Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor
Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1

Tuesday, 22 November 2011

Laporan Polis Terhadap ADMIN KTAJ nerq suzanna sulaiman..


Selepas menampal memorandum AMARAN di Goodyears court9c , pengerusi dan ahli ahli jawatankuasa telah ke balai polis IPD Subang jaya untuk membuat 2 laporan polis. Satu laporan polis covering report tentang apa yang PPKSKL lakukan malam tadi supaya tiada apa-apa tuduhan yg tidak berkenaan berlaku terhadap kami.

Laporan polis kedua ialah terhadap salah seorang ADMIN KTAJ ( http://www.facebook.com/ktaj0311?ref=ts&sk=wall ) Nerq Suzzana Sulaiman yang telah memfithnah Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL dengan mengatakan yg PPKSKL mengutip sumbangan untuk kucing sendiri.

Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dengan kerajaan tidak dapat menerima fithnah bohong seperti ini. Peguam kami juga juga berpendapat memang mempunyai kes fitnah bohong yg boleh mendatangkan mudarat terhadap PPKSKL. Atas nasihat peguam, kami telah membuat laporan polis supaya peguam kami senang mengambil tindakan.

PPKSKL telah memberi tempoh hampir 2 minggu supaya beliau memohon maaf dan menarik balik kenyatan beliau.Tetapi nampaknya beliau ingin menjolok sarang tebuan. Kepada pencinta-pecinta kucing di harap tidak mudah tertipu dgn orang yg hanya mahu mencari populariti murahan untuk naik dengan menfitnah orang. KTAJ bukanlah persatuan yg berdaftar dengan kerajaan . Jadi berhati-hatilah bila melibatkan soal wang. Jgn mudah tertipu.

Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor
Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1

Menampal memorandum AMARAN terhadap Penganiaya kucing..

Pengerusi dan ahli ahli Jawatankuasa Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur telah menghantar memorandun AMARAH kepada Goodyear court 9c JMB MANAGEMENT DI SUBANGJAYA.

Malam tadi 22 / 11 / 2011 semua ahli jawatan kuasa Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur dan beberapa orang pencinta-pencinta kucing telah berkumpul di Subang Jaya iaitu di GOODYEAR COURT 9C ( JMB MANAGEMENT ) untuk menampal memorandum AMARAN terhadap pihak pengurusan Goodyears Court yang di laporkan telah menganiaya kucing-kucing terbiar di dalam kawasan kediaman tersebut.

Pihak pengurusan terutamanya seorang wanita cina yg di kenali sebagai ( MEH ) di katakan telah melarang penduduk di situ memberi makan kepada kucing-kucing terbiar di situ. Malahan menurut laporan yg PPKSKL terima beliau pernah merampas makanan dari seorang penduduk yg cuba memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar di situ. Ini satu tindakan kejam dan boleh di kategorikan sebagai menganiaya haiwan terutamanya kucing dalam diam.

Pihak Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur memandang serius perkara seperti ini , malah pihak kami juga telah mengutuskan surat amaran kira-kira 2 bulan lepas tetapi nampaknya mereka memandang enteng. Malah cuba melakukan provokasi terhadap penduduk yg prihatin terhadap haiwan . Pihak PPKSKL juga telah berjaya mengadakan demonstrasi aman dengan bantuan pihak polis yg di minta datang untuk memastikan tiada apa apa yang tidak di ingini berlaku.
Wakil-wakil dari jabatan Veterinar selangor

Kami di beri mana 5-10 minit untuk membuat sedikit ucapan yg di luahkan oleh Ajk Biro Dana sdr Sharul Nizam dan sedikit dari Pengerusi sendiri. Kemudian kami di iringi oleh anggota polis pejabat pentabiran untuk menampal memo.Kemudian kami bersurai secara aman menuju ke IbuPejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk membuat Laporan polis.
Pengerusi menampal memo di pintu pejabat JMB MANAGEMENTS OFFICE

Turut hadir dalam program malam tadi ialah Pegawai polis, dan anggota, 4 Orang Wakil dari Jabatan Haiwan Selangor dan beberapa penduduk di situ. Pengerusi mengucapkan terimakasih kepada pihak polis , pihak Jabatan Haiwan Selangor kerana memberi kerjasama sepenuhnya.

Penduduk yang turut serta.

Tidak layak lah kami di gelar PERSATUAN PERLINDUNGAN KUCING SELANGOR DAN KUALA LUMPUR jika kami membiarkan mana-mana manusia di bumi malaysia ini menganiaya haiwan terutamanya si comel kucing.

Bank Account : Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

Monday, 14 November 2011

Permohonan Maaf Cik Norsianti Talib Kepada Pengerusi PPKSKL




Surat Permohonan Maaf Cik Norsianti Talib Kepada pengerusi PPKSKL dan pengerusi dengan hati yg terbuka sebagai seorang Islam menerimanya tanpa berprasangka. Tahniah Cik Norsianti.


Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

Saturday, 12 November 2011

Admin KTAJ menfitnah PPKSKL



Demi kerana untuk mendapatkan sokongan dan populariti murahan Admin KTAJ menfitnah PPKSKL.Persatuan yg berdaftar dengan kerajaan dan di iktiraf oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Begitu juga Jabatan Veterinar malaysia.


Senarai nama-nama admin KTAJ

Admins

Hasliza Mohamad

Mira Ahmad

MyQza Ibrahim

Lola Milo Muhamad

Keen Yep

Nerq Suzana Sulaiman





Susunan nama mereka-mereka yang menjadi admins KTAJ . Dan cuba lihat nama siapa terakhir sekali . Itulah nama betina yg mengunakan nama Nerq Suzana sulaiman yang menfitnah PPKSKL dan menurut beberapa orang yg menghantar maklumat kerjanya ialah membusukan jamilkucing, PPKSKL, Papa Hero dan PJK. PPKSKL akan membawa mereka ini ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan serta memebrsihkan nama Persatuan kami.

Itulah yang selalu orang cakap dan Admin percayakan iaitu Kuasa ALLAH melebihi segala galanya. demi kerana publisiti murahan dia sanggup menfitnah , mengutuk , mencaci maki. menghina, membusukkan orang sehingga banyak orang terpedaya apa yang ditaip di wall dia dan wall KTAJ. sekarang semua telah terbongkar dengan kuasa ALLAH orang sekarang sudah tahu siapa perempuan ini yg mencari publisiti murahan.

Cuba KTAJ tunjukan apa kerja amal yg mereka lakukan. Di mana mereka sebelum ini. Berapa banyak haiwan-haiwan terbiar yg mereka selamatkan. JAMILKUCING dah 12 tahun. Buat kerja ini so kenapa nak cemburu . Sila cermin diri dulu wahai admin admin KTAJ. Kalau nak kira kamu semua dengan jamilkucing mohon maaf cakap la tak setaraf langsung.

So admin KTAJ terutamanya suzana sulaiman tunggu surat dari peguam kami. untuk pengetahuan anda suzana persatuan kami berdaftar dengan kerajaan. dan apa yg kami nak buat ialah untuk negara bukan poket kami. bukan kucing kami sendiri. so berani sangat menuduh dan menfitnah beranilah tanggung.

Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1

Tuesday, 8 November 2011

Kenyataan Pengerusi PPKSKL Di Akhbar Utusan Malaysia





Kenyataan pengerusi Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur, En Jamil Bin Ismail kepada Akhbar Utusan Malaysia tentang penganiayaan terhadap haiwan terutamanya kucing dan anjing di malaysia dan betapa rendahnya kekuatan undang-undang terhadap penganiaya haiwan. Kerajaan sekarang patut melakukan sesuatu mulai sekarang.








Bank Account : Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

Friday, 4 November 2011

Salam Aidil Adha Dari PPKSKL

Selamat Hariraya Aidiladha Mubarak kepada semua ,daripada Seluruh AJK PPKSKL.


Bank Account : Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1

Surat memohon sumbangan kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang.



Surat pertama telah di hantar dan di atas adalah jawapannya. tetapi setelah menunggu hampir 5 bulan pihak PPKSKL telah mengutus surat susulan ke 2 tetapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa berita.

Ruj. Tuan : PSUKPP/21/0784/62(1690/2011)

Ruj. Kami : ( 3 ) PPKSKL/2011 - SM

Tarikh : 8hb. September 2011

Y.A.B Tuan Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang

Pejabat Ketua Menteri

10502 KOMTAR

PULAU PINANG

Yang Amat Berhormat Tuan,

Per : SUSULAN MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK PERSATUAN

PERLINDUNGAN KUCING SELANGOR DAN KUALA LUMPUR (PPKSKL)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat kami bertarikh 16hb. Mei 2011 dan daripada pejabat tuan PSUKPP/21/0784/62(1690/2011) bertarikh 20hb. Mei 2011 adalah berkaitan.

2. Saya sebagai Pengerusi Persatuan PPKSKL amat berbesar hati sekiranya pihak Y.A.B Tuan dapat menghulurkan bantuan dana untuk persatuan kami agar kami dapat membina sebuah tempat perlindungan kucing yang benar-benar dapat menyelamatkan kucing-kucing terbiar dan kucing-kucing yang memerlukan perlindungan sementara agar tidak berlaku penganiayaan kucing-kucing sebagaimana yang telahpun berlaku di tempat perlindungan kucing di Damansara dan Sungai Buloh baru-baru ini.

3. Untuk makluman Y.A.B Tuan, saya telah membuat kerja amal memelihara kucing-kucing terbiar selama 12 tahun dan sedang memelihara 102 ekor kucing di rumah kediaman saya yang amat terhad. Saya telah mengambil keputusan menubuhkan persatuan ini memandangkan kebelakangan ini banyak berlaku penganiayaan terhadap kucing-kucing terbiar dan saya amat teruja untuk mengadakan sebuah taman kucing agar mereka juga dapat hidup aman dan terpelihara dari sebarang ancaman baik dari manusia kejam mahupun haiwan liar. Impian ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tiada bantuan dari mana-mana pihak. Justeru persatuan kami sangat memerlukan bantuan dana untuk merealisasikan impian ini.

..2/-

2

3. Sumbangan dana bolehlah disalurkan ke akaun PERSATUAN PERLINDUNGAN KUCING SELANGOR DAN KUALA LUMPUR, NO. AKAUN : 12-122-01-000847-1 (Bank Islam Malaysia Bhd., Cawangan Ampang, Selangor).

4. Kerjasama daripada Y.A.B Tuan Ketua Menteri sangat-sangatlah diharapkan dan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( JAMIL BIN ISMAIL )

Pengerusi PPKSKL



Surat jawapan dari mereka.Apa pun PPKSKL menerimanya dengan hati yang terbuka. terimakasih di ucapkan kerana sudi membalasnya.


Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1

Surat memohon sumbangan kepada Kerajaan negeri Perak.

Surat jawapan dari mereka.Apa pun PPKSKL menerimanya dengan hati yang terbuka. terimakasih di ucapkan kerana sudi membalasnya.


Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1

Surat memohon sumbangan kepada Permata Negara .

Surat jawapan dari mereka.Apa pun PPKSKL menerimanya dengan hati yang terbuka. terimakasih di ucapkan kerana sudi membalasnya.

Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1

Surat Memohon Sumbangan kepada Yayasan Taqwa...



Pihak ppkskl telah mengutuskan surat memohon sumbangan dana untuk membantu persatuan menjalankan kerja -kerja amal kepada beberapa individu serta yayasan dan antara yg telah kami mendapat jawapan ialah Yayasan Taqwa. .

Ruj. Kami : ( 8 ) PPKSKL/2011 - SM

Tarikh : Oktober 2011

Encik Ahmad Ayob bin Ibrahim

Pengurus Besar

Yayasan Taqwa

Tingkat Bawah Lot 1

Bangunan TH

148 Jalan Ipoh

51200 Kuala Lumpur

Tuan,

Per : MEMOHON SUMBANGAN DANA

Persatuan Perlindungan Kucing Selangor dan Kuala Lumpur (PPKSKL) telah ditubuhkan pada 20hb April 2011 yang bertujuan untuk membela nasib dan memelihara kucing-kucing terbiar yang dijumpai dan mendapatkan satu kawasan yang sesuai untuk dijadikan Taman Kucing atau Zoo Kucing agar nasib haiwan ini terbela dan tidak dianiayai oleh haiwan liar maupun manusia yang kejam. Walaupun pada awalnya agak sukar untuk menubuhkan persatuan ini akhirnya pihak Pendaftar Pertubuhan telah mempertimbangkan dan meluluskannya kerana ini adalah satu-satunya persatuan perlindungan haiwan yang pengasasnya adalah bumiputera.

Hasil usaha daripada Encik Sharul Nizam bin Ab. Rahim yang merupakan aktivis masyarakat Parlimen Padang Rengas dan juga merupakan aktivis kucing dan salah seorang Ahli Jawatankuasa dalam PPKSKL kami telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Dato’ Noh Omar di mana melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia beliau pada dasarnya telah bersetuju untuk memberi tanah kepada PPKSKL bagi mengusahakan Zoo Kucing di Malaysia. Lokasi yang dicadangkan adalah Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya, Shah Alam.

Sebagai persatuan yang masih baru, PPKSKL memerlukan dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan perancangan untuk kucing-kucing terbiar tersebut termasuklah penyediaan makanan dan tempat tinggal yang sempurna. Untuk makluman tuan sekarang ini telah ada 213 ekor kucing yang dipungut dan diselamatkan dalam jagaan kami. Melalui saranan daripada Encik Sharul Nizam bin Ab. Rahim kami mengharapkan sumbangan dana daripada pihak tuan agar dapat sama-sama membantu menggerakkan persatuan ini.

..2

2

Sumbangan dana bolehlah disalurkan ke akaun PERSATUAN PERLINDUNGAN KUCING SELANGOR DAN KUALA LUMPUR, NO. AKAUN : 12-122-01-000847-1 (Bank Islam Malaysia Bhd., Cawangan Ampang, Selangor).

Kerjasama tuan di dalam perkara ini sangat-sangatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



( JAMIL BIN ISMAIL )

Pengerusi PPKSKL

Dan ini jawapan dari mereka bukan satu tapi 2 surat balasan. apa pun kami PPKSKL menerimanya dengan hati yang terbuka.



Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1

Wednesday, 2 November 2011

Surat Jawapan dari Jabatan Veterinar

Selepas pertemuan dengan Yang Berhormat Menteri Pertanian Dato Seri Noh Omar Tempohari pihak PPKSKL telah mengutuskan surat susulan kepada jabatan Veterinar dan hari ini PPKSKL Terima surat dari Jabatan veterinar .menjawab tentang Dokumen suara rakyat yg kami serahkan dalam pertemuan tersebut. Tahniah kepada jabatan veterinas kerana menerima. dan Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur amat berharap jabatan veterinar serius dalam membela haiwan seperti kami. serius maknanya bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. dan PPKSKL tahu di bawah ketua pengarah Jabatan veterinar sekarang Ybhg Dato'Dr Abd Aziz Bin Jamaliddin Jabatan veterinar memang tegas dalam hal hal yang melibatkan kebajikan haiwan.

PPKSKL akan memberi kerjasama penuh dan akan berkerjasama penuh dengan Jabatan veterinar bagi menjaga kebajikan haiwan haiwan terutamanya haiwan haiwan belaan manusia.


Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

Tuesday, 1 November 2011

Kucing Adalah Haiwan Terbersih


Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Lantas kenapa Rasulullah Saw, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria.

Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus.

Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam. Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Subhanallaah ! Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya.

Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing. Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup?

silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini: Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.” Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.

Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis.

Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. "


Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1