PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Wednesday, 19 October 2011

Perangai Staff DVS Selangor Dalam Mmemberi Service Terhadap Rakyat...

Kelohan seorang Pencinta Haiwan Di Malaysia


Assalamua’alaikum dan Salam 1Malaysia,

Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas gerak kerja pantas yang direncana oleh Dr Nazahiyah. Hasilnya, saya telah dihubungi oleh DVS Negeri Selangor berkaitan penyaluran maklumat kezaliman terhadap haiwan. Saya telah bercakap dgn seorang staf lelaki DVS Negeri Selangor. Namanya, En Azizi drp Bahagian Penguatkuasa

Saya menceritakan kembali seakan2 spt dibawah ~ rujuk email terdahulu drp saya kepada pro@dvs.gov.my :

***********************************************************************************************Semalam (Rabu, 12 Okt 2011) saya berkunjung ke Uptown Shah Alam. Terdapat satu gerai yang menjual haiwan kesayangan @ pet. Nama kedai itu adalah Planet Aqua & Pets (SA015-8619-T). Suasana di Uptown Shah Alam adalah kering dan panas

Saya dapati haiwan2 yang dijual kebanyakkannya dikurung tanpa disertai makanan dan air minuman. Saya ada membaca tulisan Founder of Global Animal Welfare Solutions (GAWS), Mr Glyn Robert. Beliau berkata, meletakkan haiwan didalam sangkar tanpa disertai makanan dan minuman adalah satu kezaliman terhadap haiwan

Oleh yang demikian, penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar / Haiwan Malaysia, mesti membuat pemeriksaan terhadap premis yang dinyatakan ~ jentera kami akan mengirim gambar tidak lama lagi utk perhatian tuan

Mohon pertimbangan sewajarnya utk merangka tindak balas

***********************************************************************************************

Berikut merupakan jawapan drp En Azizi

1. Aduan saya itu adalah remeh dan membuang masa para penguatkuasa

2. Senario diatas tidak ada didalam Akta Binatang yang boleh ditafsirkan sebagai satu kezaliman terhadap haiwan

3. Usah membandingkan Malaysia dengan negara luar didalam menjaga kebajikan haiwan

4. Bila ada aduan, maka terpaksalah penguatkuasa membuat siasatan w/pun ianya bukan tugas mereka

Berikut merupakan jawapan balas drp saya

1. Jawapan tuan begitu menyakitkan dan telah mengecilkan hati saya

2. Jawapan tuan sukar diterima oleh sebilangan besar pencinta haiwan di Malaysia

Sebelum saya sempat menyampaikan jawapan balas secara keseluruhan, En Azizi enggan meneruskan perbualan dgn saya

Oleh yang demikian, saya panjangkan isu diatas utk pengetahuan Jabatan Veterinar Malaysia atas justifikasi seperti dibawah

1. Jika En Azizi itu adalah Mat Kenkang yang menjual aiskrim ditepi jalan, saya tidak marah dan tidak ambil serius akan sikapnya. Bagi saya, staf kerajaan perlulah berusaha menjadi pendengar yang baik dan seterusnya menjana servis buat rakyat. Perlu diingat, En Azizi telah mengeluarkan kenyataan atas kapasitinya sebagai staf kerajaan. Cepat atau lambat, Jabatan Veterinar Malaysia berpotensi berdepan kritikan, cemuhan, makian, tekanan dan yang setaraf

2. Mungkin En Azizi ingin kelihatan tegas. Tetapi malangnya, sikap tegasnya itu saya tafsirkan sebagai kurang ajar. Tegas dan kurang ajar adalah 2 perkara yang berbeza

3. En Azizi perlu dikenakan tindakan tatatertib / diberi amaran / diberi nasihat dalam sela masa yang terpantas. Ianya cukup penting untuk memastikan dirinya tidak mengulangi perangai hodoh spt diatas. Sikapnya itu berpotensi membuatkan rakyat terus enggan menyalurkan apa2 maklumat kezaliman haiwan kepada Jabatan Veterinar Malaysia

4. Keengganan rakyat menyalurkan apa2 maklumat kezaliman terhadap haiwan kpd Jabatan Veterinar Malaysia dilihat begitu merbahaya. Ini kerana mereka cenderung utk membuat penyaluran maklumat spt di Youtube, Facebook, Blog dan yang setaraf. Apabila ini berlaku, En Azizi tidak rugi apa2. Tanggungan kerugian besar adalah milik kerajaan yang memerintah serta Malaysia

5. Mungkin begitulah perangai En Azizi utk sekian lama yang mungkin dibenci oleh rakyat. Cumanya, hari-hari lalu tidak ada sesiapa yang berani untuk memanjangkan isu diatas kecuali pada hari ini

Jika Jabatan Veterinar Malaysia tidak ada kekuatan untuk mendisiplinkan En Azizi. Saya mohon serahkan kepada kami. Oleh yang demikian, kami akan merangka tindak balas hebat

Bantu kami supaya kami dapat membantu kerajaan melindungi mana-mana haiwan di Malaysia ini

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Sharul Nizam Ab Rahim (012-2473497)

Aktivis Kucing Persatuan Perlindungan Kucing Selangor dan Kuala Lumpur ~ http://ppkskl.blogspot.com/

Aktivis Masyarakat di Parlimen Padang Rengas

Ketua Penaja Gerakan Pemuda Prihatin (GPP)

S/U Gabungan Warga Padang Rengas di Lembah Kelang



Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1

1 comment:

  1. Kerana sifat sifat seperti inilah malaysia di lebelkans ebagai negat yg tidak menghormati haiwan seperti kata Dato KP veterinas. kerana sifat staff veterina beginilah ornag malas nak membantu haiwan. mereka berkerja di veterina bukan kerana mereka sayangkan haiwan tetapi kerana gaji.sungguh memalukan.

    ReplyDelete

Assalamualikum

walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.

Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!