Sunday, 16 October 2011
Lawatan Persatuan PPKSKL ke Bukit Cahaya ( Cerakah )
Lawatan ke Bukit Cahaya ( Cerakah )
Hari ini 16 / 10 / 2011 ahad Pengerusi dan beberapa ahli ahli jawatankuasa PPKSKL antaranya Sdr sharul Nizam,Hamizun,Hairul,Ahmad Zajuan ,Fadir,Abu termasuk admin telah mengadakan lawatan ke bukit cahaya ( cerakah ) tempat di mana cadangan untuk di bina taman kucing kucing terbiar atas sokongan menteri pertanian industri dan asas tani Dato Seri Noh Omar , tujuan kami pergi adalah semata mata untuk melihat dan meninjau keadaan di sana.untuk melihat lanskap keadaan tempat dan juga melihat jika ada tempat tempat yg ppkskl rasakan sesuai dan elok di dirikan taman kucing itu.
Buat pengerusi PPKSKL En Jamil Bin Ismail yang pertama kali ke situ beliau merasakan ia memang elok dan sesuai cuma beliau perlu melihat dahulu tempat yg tetap sebelum membuat sesuatu komen atau keputusan.tetapi kata beliau ada suatu tempat yg menarik perhatian beliau dan meminta Sdr Sharul cuba bertanyakan dan jika boleh meminta tempat tersebut. kerana kata beliau tempat tersebut amat sesuai dari segi.
Lawatan kami tidak dapat lama kerana di tengah lawatan kami di sambut dengan hujan lebat yg membuat kami terpaksa pulang semua ke pintu masuk.Tetapi pengerusi berkata kami akan kena datang lagi seeloknya apabila tapak telah dapat di perolehi. Setelah hujan mula renyai kami keluar dari kawasan bukit cahaya. Sdr sharul Nizam,sdr Fadir dan Sdr abu menghantar Pengerusi En Jamil Ismail pulan ke kediaman beliau.
Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1
1 comment:
Assalamualikum
walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.
Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah kalau betul tok menteri nak dapatkan tapak. cumanye if dah ada tapak yg sesuai, harap pihak persatuan cepat2 dapatkan nasihat guaman utk adakan perjanjian dgn menteri berkenaan.nak dekat pilihanraya ni,kang apa2 jadi senang di kemudian hari.
ReplyDeletesemoga usaha tuan puan semua dipermudahkan :)
mas