Thursday, 20 October 2011
Sila mendaftar dengan kementerian..
Persatuan persatuan haiwan di malaysia yang berdaftar dengan kerajaan ( ROS ) di minta mendaftar dengan kementerian pertanian dan industri asas tani , saranan itu di utarakan oleh Yb Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Seri Noh Omar dalam pertemuan beliau dengan Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur ppkskl baru baru ini. dalam pertemuan itu juga beliau amat bersetuju dna berminat tentang cadangan ppkskl untuk menubuhkan sebuah taman kucing atau zoo kucing bagi menempatkan kucing kucing terbiar dan di jadikan tarikan pelancong
Yb Dato Seri Noh Omar Selaku Menteri Pertanian dan industri asas tani juga telah menubuh sebuah majlis yang di panggil MAWAC @ Majlis Kebajikan Haiwan yang akan di wakili oleh 14 ketua ketua persatuan haiwan yang akan di lantik di mana YB Dato Seri Noh Omar sendiri akan menjadi pengerusinya. dengan tertubuhnya MAWAC @ Majlis Kebajikan Haiwan semoga keadilan dan keselamatan haiwan haiwan di malaysia terutamanya haiwan lembut seperti kucing di tidak di perlakukan sesukahati oleh haiwan yang bertopengkan manusia.
Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1
Wednesday, 19 October 2011
Perangai Staff DVS Selangor Dalam Mmemberi Service Terhadap Rakyat...
Assalamua’alaikum dan Salam 1Malaysia,
Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas gerak kerja pantas yang direncana oleh Dr Nazahiyah. Hasilnya, saya telah dihubungi oleh DVS Negeri Selangor berkaitan penyaluran maklumat kezaliman terhadap haiwan. Saya telah bercakap dgn seorang staf lelaki DVS Negeri Selangor. Namanya, En Azizi drp Bahagian Penguatkuasa
Saya menceritakan kembali seakan2 spt dibawah ~ rujuk email terdahulu drp saya kepada pro@dvs.gov.my :
***********************************************************************************************Semalam (Rabu, 12 Okt 2011) saya berkunjung ke Uptown Shah Alam. Terdapat satu gerai yang menjual haiwan kesayangan @ pet. Nama kedai itu adalah Planet Aqua & Pets (SA015-8619-T). Suasana di Uptown Shah Alam adalah kering dan panas
Saya dapati haiwan2 yang dijual kebanyakkannya dikurung tanpa disertai makanan dan air minuman. Saya ada membaca tulisan Founder of Global Animal Welfare Solutions (GAWS), Mr Glyn Robert. Beliau berkata, meletakkan haiwan didalam sangkar tanpa disertai makanan dan minuman adalah satu kezaliman terhadap haiwan
Oleh yang demikian, penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar / Haiwan Malaysia, mesti membuat pemeriksaan terhadap premis yang dinyatakan ~ jentera kami akan mengirim gambar tidak lama lagi utk perhatian tuan
Mohon pertimbangan sewajarnya utk merangka tindak balas
***********************************************************************************************
Berikut merupakan jawapan drp En Azizi
1. Aduan saya itu adalah remeh dan membuang masa para penguatkuasa
2. Senario diatas tidak ada didalam Akta Binatang yang boleh ditafsirkan sebagai satu kezaliman terhadap haiwan
3. Usah membandingkan Malaysia dengan negara luar didalam menjaga kebajikan haiwan
4. Bila ada aduan, maka terpaksalah penguatkuasa membuat siasatan w/pun ianya bukan tugas mereka
Berikut merupakan jawapan balas drp saya
1. Jawapan tuan begitu menyakitkan dan telah mengecilkan hati saya
2. Jawapan tuan sukar diterima oleh sebilangan besar pencinta haiwan di Malaysia
Sebelum saya sempat menyampaikan jawapan balas secara keseluruhan, En Azizi enggan meneruskan perbualan dgn saya
Oleh yang demikian, saya panjangkan isu diatas utk pengetahuan Jabatan Veterinar Malaysia atas justifikasi seperti dibawah
1. Jika En Azizi itu adalah Mat Kenkang yang menjual aiskrim ditepi jalan, saya tidak marah dan tidak ambil serius akan sikapnya. Bagi saya, staf kerajaan perlulah berusaha menjadi pendengar yang baik dan seterusnya menjana servis buat rakyat. Perlu diingat, En Azizi telah mengeluarkan kenyataan atas kapasitinya sebagai staf kerajaan. Cepat atau lambat, Jabatan Veterinar Malaysia berpotensi berdepan kritikan, cemuhan, makian, tekanan dan yang setaraf
2. Mungkin En Azizi ingin kelihatan tegas. Tetapi malangnya, sikap tegasnya itu saya tafsirkan sebagai kurang ajar. Tegas dan kurang ajar adalah 2 perkara yang berbeza
3. En Azizi perlu dikenakan tindakan tatatertib / diberi amaran / diberi nasihat dalam sela masa yang terpantas. Ianya cukup penting untuk memastikan dirinya tidak mengulangi perangai hodoh spt diatas. Sikapnya itu berpotensi membuatkan rakyat terus enggan menyalurkan apa2 maklumat kezaliman haiwan kepada Jabatan Veterinar Malaysia
4. Keengganan rakyat menyalurkan apa2 maklumat kezaliman terhadap haiwan kpd Jabatan Veterinar Malaysia dilihat begitu merbahaya. Ini kerana mereka cenderung utk membuat penyaluran maklumat spt di Youtube, Facebook, Blog dan yang setaraf. Apabila ini berlaku, En Azizi tidak rugi apa2. Tanggungan kerugian besar adalah milik kerajaan yang memerintah serta Malaysia
5. Mungkin begitulah perangai En Azizi utk sekian lama yang mungkin dibenci oleh rakyat. Cumanya, hari-hari lalu tidak ada sesiapa yang berani untuk memanjangkan isu diatas kecuali pada hari ini
Jika Jabatan Veterinar Malaysia tidak ada kekuatan untuk mendisiplinkan En Azizi. Saya mohon serahkan kepada kami. Oleh yang demikian, kami akan merangka tindak balas hebat
Bantu kami supaya kami dapat membantu kerajaan melindungi mana-mana haiwan di Malaysia ini
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Sharul Nizam Ab Rahim (012-2473497)
Aktivis Kucing Persatuan Perlindungan Kucing Selangor dan Kuala Lumpur ~ http://ppkskl.blogspot.com/
Aktivis Masyarakat di Parlimen Padang Rengas
Ketua Penaja Gerakan Pemuda Prihatin (GPP)
S/U Gabungan Warga Padang Rengas di Lembah Kelang
Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1
Sunday, 16 October 2011
Lawatan Persatuan PPKSKL ke Bukit Cahaya ( Cerakah )
Lawatan ke Bukit Cahaya ( Cerakah )
Hari ini 16 / 10 / 2011 ahad Pengerusi dan beberapa ahli ahli jawatankuasa PPKSKL antaranya Sdr sharul Nizam,Hamizun,Hairul,Ahmad Zajuan ,Fadir,Abu termasuk admin telah mengadakan lawatan ke bukit cahaya ( cerakah ) tempat di mana cadangan untuk di bina taman kucing kucing terbiar atas sokongan menteri pertanian industri dan asas tani Dato Seri Noh Omar , tujuan kami pergi adalah semata mata untuk melihat dan meninjau keadaan di sana.untuk melihat lanskap keadaan tempat dan juga melihat jika ada tempat tempat yg ppkskl rasakan sesuai dan elok di dirikan taman kucing itu.
Buat pengerusi PPKSKL En Jamil Bin Ismail yang pertama kali ke situ beliau merasakan ia memang elok dan sesuai cuma beliau perlu melihat dahulu tempat yg tetap sebelum membuat sesuatu komen atau keputusan.tetapi kata beliau ada suatu tempat yg menarik perhatian beliau dan meminta Sdr Sharul cuba bertanyakan dan jika boleh meminta tempat tersebut. kerana kata beliau tempat tersebut amat sesuai dari segi.
Lawatan kami tidak dapat lama kerana di tengah lawatan kami di sambut dengan hujan lebat yg membuat kami terpaksa pulang semua ke pintu masuk.Tetapi pengerusi berkata kami akan kena datang lagi seeloknya apabila tapak telah dapat di perolehi. Setelah hujan mula renyai kami keluar dari kawasan bukit cahaya. Sdr sharul Nizam,sdr Fadir dan Sdr abu menghantar Pengerusi En Jamil Ismail pulan ke kediaman beliau.
Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1
Wednesday, 12 October 2011
Silence Animals Abused / Penyiksa Haiwan Secara Senyap...
Kita selalu marah apabila ada kes kes penyiksaan terhadap haiwan.tak kira apa pun haiwanya kalau orang itu benar benar animals lover pasti dia akan marah. geram, kalau tak kerana negara ni ada undang undang tentu ada yg berani bertindak sendiri. tul tak . itu kepada animals abused yg kita tahu dan nampak tapi bagaimana pula animal abused yg kita tak nampak tapi terang terang ada. Siapa mereka ?
Mereka adalah orang orang yg tidak suka haiwan dan selalu komplain. dan mereka mereka yg berkerja di majlis perbandaran yg berkerja bagaikan tunggul kayu. orang yg suka komplain terhadap orang kerana haiwan haiwan peliharaan jiran. boleh kita kategorikan sebagai silence animals abused. mereka sebenarnya yg menyebabkan banyak kucing kucing atau anjing hidup tersiksa. kerana mereka mereka yg perengai dan hati binatang ini banyak orang terpaksa membuang kucing atau anjing kerana di ugut oleh majlis perbandaran.
Kita pencinta pecinta haiwan ini patut bersatu mengajar mereka ini. jangan kerana seorang manusia bersifat hati binatang banyak nyawa kucing dan anjing hilang. kita juga patut mengajar manusia manusia di majlis perbandaran yg tiada sifat dan hati manusia supaya belajar menjadi manusia. kita tidak tahu adakah mereka mereka ini menjalankan kerja kerana tugas mereka atau kerana poket telah di isi supaya mengambil tindakan. admin tidak menuduh tetapi itulah yg selalu berlaku di malaysia.
Bayangkan hati dan perasaan pencinta haiwan yg mempunyai hati ikhlas ,mengambil kucing kucing atau anjing di jalanan kerana mereka mempunyai hati dan perasaan, tapi dek kerana dia duduk di sebelah rumah binatang bertopengkan manusia yg tidak suka haiwan yg hanya memikirkan dia bersih, dia cantik, dia high class maka dia tak suka ornag yg tinggal di sebelahnya buat apa yg mereka suka. sebaliknya mesti mengikut tarap diri mereka yg umpama pelacur . siapakah yg boleh membela pencinta haiwan ini. siapa kah yg boleh membela haiwan haiwna yg di rampas ini.
Fikirkanlah sendiri wahai pencinta haiwan. marilah kita bersatu supaya kita semua dapat melawan mereka mereka yg bertopengkan manusia ini. bersatu kita tgeuh , bercerai kita roboh.
Jamil Bin Ismail
Pengerusi/Pengasas
PPKSKL
Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1
Sunday, 9 October 2011
Pesanan dan peringatan
Pesanan dan peringatan..
Saya Jamil Bin Ismail sebagai pengerusi PPKSKL. dengan ini menasihatkan kepada semua pencinta haiwan yang berminat untuk menderma , menyumbang , bersedekah kepada Persatuan Kami iaitu Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Kuala Lumpur ppkskl. supaya tidak tertipu dgn sesiapa sekalipun. hanya mereka mereka yg di benarkans ahaja yg layak untuk menerima seumbangan tersebut. mereka mereka yg fotonya terdapat di dalam blog ppkskl ( http://ppkskl.blogspot.com ) sahaja yg layak menerima seumbangan bagi pihak persatuan.
Seeloknya terus kepada ketua Biro dana sdr sharul Nizam Abd Rahim jika anda memerlukan surat penghargaan atau resit bayaran, atau boleh terus masukan ke dalam akaun kami. check check mestilah atas nama persatuan kamil . kami tidak pernah membenarkan , menyuruh , mengarah , meminta sesiapa sahaj selain dari ajk ajk persatuan untuk mengutip sumbangan kepada kami. memang hal hal begini belum terjadi tetapi kami tidak mahu ada pencinta pencinta haiwan tertipu . harap maklum.
Jamil Bin Ismail
Pengerusi /Pengasas
Persatuan Perlindungan Kucing
Selangor Dan kuala Lumpur
Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1
Malaysia sepatutnya ada POLIS KHAS untuk Haiwan..
Menurut Pengerusi ppkskl beliau akan cuba memberi cadangan kepada kerajaan supaya agar di adakan satu pasukan polis yg di tugaskan khas terhadap haiwan yang terdapat di America , Australia dan Holland. mereka mereka atau anggota anggota yg di lantik yang terpilih dari kalangan pencinta haiwan sejati atau genuin animals lover. menurut beliau lagi Datuk Ketua Pengarah Jabatan perkhidmatan veterina Dato'Dr.Abd Aziz Bin Jamaluddin sendiri mengakui yg negara kita malaysia telah mempunyai nama yg busuk dari segi layanan terhadap haiwan. dan menurut pengerusi inilah masanya kerajaan bersetuju dengan saranan beliau.
Beliau sanggup mengambil segala risiko dan bertanggungjawab untuk menaikkan semula nama negara kita dalam hal hal yang melibatkan kebajikan haiwan. selain daripada sokongan padu ajk ajk ppkskl beliau juga berharap mendapat sokongan padu dari pencinta pencinta haiwan sejati. atau genuin animals lover. Beliau memohon ketepikan perbezaan politik, bangsa atau agama . sama samalah bersatu demi kebajikan haiwan ciptaan Tuhan.
Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1
Thursday, 6 October 2011
Mensyuarat AJK AJK PPKSKL
Semalam 05 10 2011 / Pengerusi PPKSKL Sdr Jamil Bin Ismail mempengerusikan mensyuarat untuk membincangkan hasil hasil pertemuan dengan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. YB Dato Seri Noh Omar tempohari. mensyuarat juga membincangkan cadangan cadangan dan gerak kerja yg akan di jalankan.
Setiap AJK AJK telah di berikan tugas tugas yang mesti di laksanakan bagi memastikan cadangan membina zoo kucing yg di bincangkan dgn YB Menteri tempohari berjalan lancar dna menjadi kenyatan.
Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang SelangorPersatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala LumpurAcc No : 12-122-01-000847-1