PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Friday 27 January 2012

Pandangan dari Pengerusi PPKSKL


Assalamualaikum .

Setelah saya membaca jawapan balas daripada Majlis Perbandaran Jasin tentang teguran yg di paparkan dalam blog PPKSKL tempohari, apa yg boleh saya katakan adalah saya telah menerima jawapan daripada pihak mereka secara am. Akan tetapi, saya adalah jenis manusia yg tidak boleh menerima apa-apa pun alasan apabila menyentuh isu mengenai haiwan terutamanya penganiayaan kucing khasnya..

Ini kerana, saya sendiri telah pun menjalankan kerja-kerja amal menyelamatkan kucing-kucing terbiar selama hampir 16 tahun malahan menggunakan rumah sendiri untuk menempatkan kucing-kucing tersebut .Hingga adakalanya mencecah hampir 104 ekor kucing terbiar jika hendak dibandingkan dengan Pusat Jagaan Kucing Majlis Perbandaran Jasin yang tentunya mempunyai kelengkapan yang serba-serbi dan sumber kewangan yang kukuh.

Tentang dakwaan bahawa pihak pengurusan tidak membayar gaji sebaliknya hanya memberi elaun dan beliau secara sukarela bersedia untuk melakukannya adalah tidak memberi beliau lesen atau alasan untuk mengabaikan kebajikan kucing-kucing tersebut contohnya dengan keadaan tempat persekitaran yg tidak terurus, kotor dan berselerak. Sepatutnya, jika mengikut cara saya dalam mengendalikan kucing yang telah mati, apa yang saya lakukan adalah dalam tempoh masa paling lama 2 jam selepas kematian kucing itu mesti di kebumikan. Dan bukan di biarkan saja hingga hampir reput. Masakan kucing yg telah mati di kawasan lapang tidak ada mata-mata yg melihat. Jawapannya semua adalah berpunca dari hati. Saya sendiri pun hampir 16 tahun tidak mempunyai gaji juga tidak mempunyai elaun dalam menguruskan kebajikan kucing-kucing yang diselamatkan seandainya hendak dibandingkan dengan pengurus pusat jagaan kucing Majlis Perbandaran Jasin, Melaka tersebut.

Pihak Majlis Perbandaran Jasin boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak veterinar sebagai pakar rujuk, jadi adalah tidak sepatutnya diberikan jawapan bahawa sesungguhnya tiada siapa yg lebih arif tentang penjagaan kucing di pusat jagaan kucing tersebut. Malahan jika pihak Majlis Perbandaran Jasin sanggup untuk menanggung kos perjalanan saya (jamil kucing) seminggu sekali, saya boleh turun ke sana untuk memantau, memperbaiki, dan memberi khidmat nasihat melalui pengalaman saya selama 16 tahun dalam bidang penjagaan kucing ini.

Bukan pihak PPKSKL mahu menunding jari atau menyalahkan sesiapa dalam hal ini tetapi daripada foto-foto yang dikemukakan jelas telah menunjukkan kesalahannya. Begitu juga daripada maklum balas daripada individu-individu yang telah datang kesana dan melihat sendiri situasi seperti yang didakwa. Maka itu, pihak Majlis Perbandaran Jasin haruslah berlapang dada dalam menerima kritikan yang membina. Saya menyeru, supaya tolonglah mengeluarkan sedikit wang atau peruntukan untuk menaiktarafkan kebajikan anak-anak bulu gelandangan ini. Masakan Majlis Perbandaran Jasin dibawah pemerintahan pentadbiran kerajaan negeri Melaka adalah tidak mampu untuk memperuntukkan sedikit kuota daripada belanjawan pengurusan untuk penjagaan kebajikan kucing-kucing tersebut.


Akhir kata, seandainya diizinkan Allah s.w.t terjadinya sebuah taman kucing yg saya dan PPKSKL rancangkan iaitu di Taman Botani Shah Alam, Insyaallah kesemua kucing-kucing yang berada di pusat jagaan kucing Majlis Perbandaran Jasin akan kami ambil. Ini janji saya.


Subject: maklumbalas mengenai Blog dari PPKSKL

Jawapan balas dari : Majlis Perbandaran Jasin


Penambahbaikkan telah diusahakan kerana tiada transit yang sesuai untuk menempatkan kucing terbiar yang pihak kami tangkap untuk daerah Jasin ini.Semua kucing terdapat di Pusat Jagaan Kucing ini adalah kucing yang pihak kami tangkap di medan -medan selera yang dibuang oleh orang. Sekiranya ada orang awam yang ingin mengambil kucing-kucing tersebut, pihak kami dialu-alukan dengan sumbangan ikhlas daripada orang awam sendiri.

p/s kucing didalam jagaan pihak kami adalah kucing yang terbiar.

Arahan yang dipamerkan oleh pihak kami diatas dasar keselamatan kerana pernah berlakunya pencerobohan. Pengurus Rumah Kucing tersebut tidak menerima gaji tetapi diberi elaun. Beliau dengan sukarelanya sendiri menawarkan diri beliau untuk menjaga Rumah Kucing tersebut.

Semua kucing yang ada didalam rumah tersebut diberi makan setiap hari 3 sebanyak kali sehari. Makanan kucing tersebut dibiayai oleh Pengurus Rumah kucing tersebut dan MPJ.

Jadual yang dipamerkan adalah untuk urusan pengambilan kucing atau pemberian sumbangan. Semua kucing terbiar tersebut diberi pelali dan vaksin oleh Veterinar setiap bulan. Juga kucing yang sakit juga diberi rawatan yang sepatutnya.

Bukan semua masalah tanggungjawap MPJ sebeb :-

1. Tidak dibantu oleh mana-mana pihak yang lebih arif dalam tentang penjagaan kucing seperti Pusat Perlindungan Haiwan. (hanya tahu menyalahkan satu pihak tanpa memaklumkan bagaimana untuk atasi masalah)

2. Tiada transit kucing terbiar yang lengkap juga tiada tajaan daripada swasta mahu juga pun dari kerajaan pusat serta kerajaan negeri.

3. Tiada latihan atau kemahiran yang sepatutnya untuk jagaan kucing-kucing tersebut bukan hanya memberi rawatan atau makanan sahaja.

saya yang menurut perintah...

Bahagian Perkhidmatan Bandar

MPJ



Tuesday 24 January 2012

Majlis perbandaran Jasin TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Majlis perbandaran Jasin layak di gelar Majlis penginaya kucing.


Dulu kes ini telah di hebohkan dan mereka berjanji untuk mengambil tindakan segera. malah dalam satu blogs ( yg Admin lupa namanya ) siap memberitahu agar perkara ini di tutup kerana menggangap kes ini selesai. tetapi baru baru ini seorang kawan telah ke sana ,bukan nya telah berubah malah semakin teruk. inilah masaalahnya Admin ibaratkan bila penjaga babi di suruh menjaga kucing . tidak kah manusia manusia di situ ada hati dan perasaan. islam kah mereka. saya pertikaikan islamkah mereka kerana jika mereka beragama islam. mereka tahu hukum hakam.

Di larang mengambil gambar supaya kecuaian yg sengaja kami lakukan tidak di ketahui umum.


EN AZANI MAT JUSOH Hanya hidup dengan memakan elaun ( Pembetulan setelah di beritahu tiada gaji tetapi hanya elaun). elaun yg beliau dapat hasil dari penginayaan haiwan yg beliau lakukan.Ini bukan serangan peribadi. Admin tidak mengenali en Azani Mat Jusoh. tetapi tertera nama beliau sebagai ornag yg bertanggungjawab.


Patutlah tidak di benarkan mengambil gambar rupanya ada udang disebalik batu. pegawai yang bernama EN AZANI MAT JUSOH mestilah di pertanggungjawbakan di atas kelalaian ini. kerana nama beliau yg di sertakan sebagai orang yg bertanggungjawab dalam hal ini. Pengerusi PPKSKL en jamilkucing akan membawa hal ini kepada pihak DVS malaysia.

Bangkai kucing yg telah mati hingga hampir reput masih terbiar. PPKSKL ingin bertanya kepada En AZANI MAT JUSOH adakah beliau masih sihat dan boleh bergerak atau sudah lumpuh hampir nak mati sehingga tidak boleh berjalan yg menyebabkan bangkai kucing ini terbiar.atau beliau menunggu pencinta haiwan datang menyerang ( mendapat jawapan ) beliau di sana.
Adakah kucing kucing ini di tangkap oleh MPJ dan kemudian di masukan ke sini. tanpa apa apa pengawasan dna penjagaan kesihatan. atau hanya beri makan sahaja.



Monday 23 January 2012

UPDATE PASAL TAMAN KUCING.





Tentang taman kucing yg di rancang itu masih dalam permerosesan. kenalah paham bila kita berurusan dgn kerajaan banyak peraturan, protokol. yg kita kena ikut.bukan boleh main terjah je. kalau boleh dah lama Pengerusi PPKSKL buat. apa yg Pengerusi PPKSKL boleh buat ialah beri idea dan jika ada menjalankanya. tanpa berjanji. ( maksudnya dari hati memang nak buat dan akan buat ) bukan hanya mahu bercakap atau berjanji.

Sebab kalau kita mengharapkan janji orang they are nothing that we can to. becouse people love to promise. do this do that but nothing. so sama samalah berdoa secara ikhlas agar taman kucing ini tercapai. Kami di PPKSKL hanya mengharapkan pertolongan dari Allah bukan manusia. sebab DAH dan muak dengan janji janji manusia.so sama samalah berdoa dalam sembahyang semoga taman kucing ini jadi.

Tapi kalau boleh janganlah hanya berdoa sahaja tanpa melakukan sesuatu. nak menjalankan segala galanya memerlukan wang ringgit. bantulah PPKSKL semampu anda. jangan lah hanya berkata sayang , kasihan, semoga kami di berkati Allah. tetapi tak sanggup keluarkan wang. Allah berkat atau tidak . itu antara kami dengan Allah .tugas anda menyumbang wang ringgit untuk PPKSKL menjana gerak kerja dna membuat persiapan.


Sunday 22 January 2012

Gong Xi Faa Chai

Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Kuala lumpur PPKSKL Mengucapkan selamat tahun baru cina Xi Nien Quai Lean kepada kaun tionghwa , animals lover berbangsa cina. penyokong pendokong persatuan dan seluruh rakyat malaysia berbangsa cina. semoga tahun ini anda akan mendapat rezeki lebih berlipipat ganda.

GONG XI FAA CHAI



Sunday 1 January 2012

Kafe Kucing Di Jepun

Malaysia pun boleh buat begini . jika mahu !!!

Di Jepun, kucing dihantar ke satu tempat yang dinamakan kafe kucing bertujuan untuk kucing bermain, relax dan bersosial dengan kucing-kucing yang lain.

Dengan bayaran antara RM15- RM21, pencinta kucing di jepun akan menikmati kopi panas sambil dikelilingi beratus-ratus ekor kucing. Meluangkan masa menemani kucing walupun sejam mampu menenangkan pemikiran manusia, dan jika korang tertekan dengan kerja.

Bagi menjaga kebersihan, pengunjung dihendaki memakai stokin dan selipar pakai buang, begitu juga dikehendaki membasuh tangan mereka dengan antiseptik.