PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Friday 27 January 2012

Subject: maklumbalas mengenai Blog dari PPKSKL

Jawapan balas dari : Majlis Perbandaran Jasin


Penambahbaikkan telah diusahakan kerana tiada transit yang sesuai untuk menempatkan kucing terbiar yang pihak kami tangkap untuk daerah Jasin ini.Semua kucing terdapat di Pusat Jagaan Kucing ini adalah kucing yang pihak kami tangkap di medan -medan selera yang dibuang oleh orang. Sekiranya ada orang awam yang ingin mengambil kucing-kucing tersebut, pihak kami dialu-alukan dengan sumbangan ikhlas daripada orang awam sendiri.

p/s kucing didalam jagaan pihak kami adalah kucing yang terbiar.

Arahan yang dipamerkan oleh pihak kami diatas dasar keselamatan kerana pernah berlakunya pencerobohan. Pengurus Rumah Kucing tersebut tidak menerima gaji tetapi diberi elaun. Beliau dengan sukarelanya sendiri menawarkan diri beliau untuk menjaga Rumah Kucing tersebut.

Semua kucing yang ada didalam rumah tersebut diberi makan setiap hari 3 sebanyak kali sehari. Makanan kucing tersebut dibiayai oleh Pengurus Rumah kucing tersebut dan MPJ.

Jadual yang dipamerkan adalah untuk urusan pengambilan kucing atau pemberian sumbangan. Semua kucing terbiar tersebut diberi pelali dan vaksin oleh Veterinar setiap bulan. Juga kucing yang sakit juga diberi rawatan yang sepatutnya.

Bukan semua masalah tanggungjawap MPJ sebeb :-

1. Tidak dibantu oleh mana-mana pihak yang lebih arif dalam tentang penjagaan kucing seperti Pusat Perlindungan Haiwan. (hanya tahu menyalahkan satu pihak tanpa memaklumkan bagaimana untuk atasi masalah)

2. Tiada transit kucing terbiar yang lengkap juga tiada tajaan daripada swasta mahu juga pun dari kerajaan pusat serta kerajaan negeri.

3. Tiada latihan atau kemahiran yang sepatutnya untuk jagaan kucing-kucing tersebut bukan hanya memberi rawatan atau makanan sahaja.

saya yang menurut perintah...

Bahagian Perkhidmatan Bandar

MPJ



No comments:

Post a Comment

Assalamualikum

walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.

Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!