PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Friday 27 January 2012

Pandangan dari Pengerusi PPKSKL


Assalamualaikum .

Setelah saya membaca jawapan balas daripada Majlis Perbandaran Jasin tentang teguran yg di paparkan dalam blog PPKSKL tempohari, apa yg boleh saya katakan adalah saya telah menerima jawapan daripada pihak mereka secara am. Akan tetapi, saya adalah jenis manusia yg tidak boleh menerima apa-apa pun alasan apabila menyentuh isu mengenai haiwan terutamanya penganiayaan kucing khasnya..

Ini kerana, saya sendiri telah pun menjalankan kerja-kerja amal menyelamatkan kucing-kucing terbiar selama hampir 16 tahun malahan menggunakan rumah sendiri untuk menempatkan kucing-kucing tersebut .Hingga adakalanya mencecah hampir 104 ekor kucing terbiar jika hendak dibandingkan dengan Pusat Jagaan Kucing Majlis Perbandaran Jasin yang tentunya mempunyai kelengkapan yang serba-serbi dan sumber kewangan yang kukuh.

Tentang dakwaan bahawa pihak pengurusan tidak membayar gaji sebaliknya hanya memberi elaun dan beliau secara sukarela bersedia untuk melakukannya adalah tidak memberi beliau lesen atau alasan untuk mengabaikan kebajikan kucing-kucing tersebut contohnya dengan keadaan tempat persekitaran yg tidak terurus, kotor dan berselerak. Sepatutnya, jika mengikut cara saya dalam mengendalikan kucing yang telah mati, apa yang saya lakukan adalah dalam tempoh masa paling lama 2 jam selepas kematian kucing itu mesti di kebumikan. Dan bukan di biarkan saja hingga hampir reput. Masakan kucing yg telah mati di kawasan lapang tidak ada mata-mata yg melihat. Jawapannya semua adalah berpunca dari hati. Saya sendiri pun hampir 16 tahun tidak mempunyai gaji juga tidak mempunyai elaun dalam menguruskan kebajikan kucing-kucing yang diselamatkan seandainya hendak dibandingkan dengan pengurus pusat jagaan kucing Majlis Perbandaran Jasin, Melaka tersebut.

Pihak Majlis Perbandaran Jasin boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak veterinar sebagai pakar rujuk, jadi adalah tidak sepatutnya diberikan jawapan bahawa sesungguhnya tiada siapa yg lebih arif tentang penjagaan kucing di pusat jagaan kucing tersebut. Malahan jika pihak Majlis Perbandaran Jasin sanggup untuk menanggung kos perjalanan saya (jamil kucing) seminggu sekali, saya boleh turun ke sana untuk memantau, memperbaiki, dan memberi khidmat nasihat melalui pengalaman saya selama 16 tahun dalam bidang penjagaan kucing ini.

Bukan pihak PPKSKL mahu menunding jari atau menyalahkan sesiapa dalam hal ini tetapi daripada foto-foto yang dikemukakan jelas telah menunjukkan kesalahannya. Begitu juga daripada maklum balas daripada individu-individu yang telah datang kesana dan melihat sendiri situasi seperti yang didakwa. Maka itu, pihak Majlis Perbandaran Jasin haruslah berlapang dada dalam menerima kritikan yang membina. Saya menyeru, supaya tolonglah mengeluarkan sedikit wang atau peruntukan untuk menaiktarafkan kebajikan anak-anak bulu gelandangan ini. Masakan Majlis Perbandaran Jasin dibawah pemerintahan pentadbiran kerajaan negeri Melaka adalah tidak mampu untuk memperuntukkan sedikit kuota daripada belanjawan pengurusan untuk penjagaan kebajikan kucing-kucing tersebut.


Akhir kata, seandainya diizinkan Allah s.w.t terjadinya sebuah taman kucing yg saya dan PPKSKL rancangkan iaitu di Taman Botani Shah Alam, Insyaallah kesemua kucing-kucing yang berada di pusat jagaan kucing Majlis Perbandaran Jasin akan kami ambil. Ini janji saya.


No comments:

Post a Comment

Assalamualikum

walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.

Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!