PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Wednesday 28 March 2012

Terimakasih Kepada Ybhg En Noraffendy Khalid

Jutaan Terimakasih kepada Ketua Pengarah ROS Selangor Ybhg En Noraffendy Khalid di atas kesudian untuk mengadakan pertemuan dengan Saya Jamil Bin Ismail Pengerusi Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL . pagi tadi di Pejabat Beliau Di Tingkat TINGKAT 16, WISMA MBSA, PERSIARAN PERBANDARAN, SHAH ALAM, SELANGOR.

Perjumpaan yang berlangsung dalam suasana ceria dan ramah. saya benar benar mengucapkan jutaan terimakasih atas layanan ramah dan mesra beliau terhadap saya terutama apabila beliau sendiri menyambut saya di pintu masuk Ros. seorang pegawai kerajaan yang patut di puji tinggi ,tidak sombong malah mesra rakyat.bertuan staff staff Ros Selangor mempunyai seorang ketua yang profesional dan ramah mesra.

Tujuan perjumpaan ialah untuk mendapat maklumat dan penerangan jelas tentang undang-undang pertubuhan yang kabur. kerana
Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL adalah persatuan haiwan . tetapi terpaksa mengunakan undang undang yg tersedia ada di dalam ROS selangor. yang mana ada undang undangnya sangat kabur , sehingga ia boleh di manipulasi oleh orang yang cuba mengambil kesempatan.

Penjelasan Ybhg En Norafenddy Khalid sangat jelas. yang mana ada beberapa perkara boleh di ubah dan di tambah. tetapi perlu di lampirkan kepada Ros terlebih dahulu untuk kebenaran ROS Selangor . contohnya apa kuasa seorang Ajk berdaftar ( dipilih ) dengan Ajk di lantik oleh pengerusi. dan siapakah yang berhak mendapat laporan keewangan persatuan.

Saya juga cuba mendapatkan penjelasan tentang sebagai seorang yg menjalankan kerja amal .saya yang mengeluarkan wang. adakah saya boleh melakukan kutipan ( claim ) terhadap wang yg saya belanjakan dari persatuan . ini kerana sebagai pengerusi saya adalah salah seorang yg menandatangani cek. menurut beliau dari segi undang undang ia memang boleh dan di bolehkan. cuma kata beliau jika mahu lebih nampak elok. beliau meminta saya membuat satu surat kepada bank di mana apabila ( claim ) itu melibatkan saya biar Bendahari Dan Setiausaha sahaja yang menandatangani cek. dan saya amat bersetuju sekali.

Pertemuan kami berlangsung hampir sejam. dan pada saya segala hal hal yang kabur telah saya jernihkan. dan akan saya ubah dan perbetulkan. untuk di hantar ke ROS untuk di gubal. dan selepas ini Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL akan mempunyai undang undang tubuh yg jelas dan nyata. Terimakasih sekali lagi kepada ketua Pengarah Ros Selangor Ybhg En Noraffendy Khalid.

No comments:

Post a Comment

Assalamualikum

walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.

Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!