Wednesday, 28 March 2012
Bertapa Siksa hidupnya
BERTAPA SIKSA HIDUPNYA !!!!!!!
Shakimara kucing yang sebelah telinganya telah di potong yg jamil selamatkan dari kawasan gerai makan medan mara 5-6 bulan dulu. bayangkan dalam masa itu cukup susah nak sentuh , rapat ,pegang malah dekat.dia anak marah , mengamok dan mula nak mencakar dan mengigit. pengalaman jamil kucing kalau garang , susah nak jinak mereka tentu pernah mengalami sesuatu yg membuat mereka ketakutan.atau fobia.
Selepas 5-6 bulan setiap hari jamil cuba belai,cuba sentuh dan cuba manjakan alhamdullilah 80% dah ok. dah boleh dukung dia , pelok dia, cium pipi dia , makin manja tetapi tetap berhati hati. so sambil pelok sambil belai jamil tengok tengok keadaan dia.
Masyaallah rupa rupanya bukan sahaja telinga dia di potong malah kedua dua kaki belakang dia di pukul sehingga menjadi leper. kuku dan kulit sama rata . kalau kita pegang ia leper. kuku telah masuk ke dalam daging tiada lagi kuku kaki. patutlah dia garang dan fobia terhadap manusia.ini mesti kerja bangsa kita melayu. MOHON MAAF BUKAN MENUDUH tetapi gerai gerai makan di medan mara 100% melayu tiada cina atau india.
Tapi kenapa sampai begini. anggapan ku
1) Curi ikan atau makan .....kaki di pukul
2) Curi lagi makanan makannya degil telinga di potong pula.
Kenapa sampai begini kejam kejam.
Jamil Bin Ismail
Pengerusi persatuan Perlindungan
Kucing selangor Dan Kuala Lumpur
Terimakasih Kepada Ybhg En Noraffendy Khalid
Perjumpaan yang berlangsung dalam suasana ceria dan ramah. saya benar benar mengucapkan jutaan terimakasih atas layanan ramah dan mesra beliau terhadap saya terutama apabila beliau sendiri menyambut saya di pintu masuk Ros. seorang pegawai kerajaan yang patut di puji tinggi ,tidak sombong malah mesra rakyat.bertuan staff staff Ros Selangor mempunyai seorang ketua yang profesional dan ramah mesra.
Tujuan perjumpaan ialah untuk mendapat maklumat dan penerangan jelas tentang undang-undang pertubuhan yang kabur. kerana Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL adalah persatuan haiwan . tetapi terpaksa mengunakan undang undang yg tersedia ada di dalam ROS selangor. yang mana ada undang undangnya sangat kabur , sehingga ia boleh di manipulasi oleh orang yang cuba mengambil kesempatan.
Penjelasan Ybhg En Norafenddy Khalid sangat jelas. yang mana ada beberapa perkara boleh di ubah dan di tambah. tetapi perlu di lampirkan kepada Ros terlebih dahulu untuk kebenaran ROS Selangor . contohnya apa kuasa seorang Ajk berdaftar ( dipilih ) dengan Ajk di lantik oleh pengerusi. dan siapakah yang berhak mendapat laporan keewangan persatuan.
Saya juga cuba mendapatkan penjelasan tentang sebagai seorang yg menjalankan kerja amal .saya yang mengeluarkan wang. adakah saya boleh melakukan kutipan ( claim ) terhadap wang yg saya belanjakan dari persatuan . ini kerana sebagai pengerusi saya adalah salah seorang yg menandatangani cek. menurut beliau dari segi undang undang ia memang boleh dan di bolehkan. cuma kata beliau jika mahu lebih nampak elok. beliau meminta saya membuat satu surat kepada bank di mana apabila ( claim ) itu melibatkan saya biar Bendahari Dan Setiausaha sahaja yang menandatangani cek. dan saya amat bersetuju sekali.
Pertemuan kami berlangsung hampir sejam. dan pada saya segala hal hal yang kabur telah saya jernihkan. dan akan saya ubah dan perbetulkan. untuk di hantar ke ROS untuk di gubal. dan selepas ini Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL akan mempunyai undang undang tubuh yg jelas dan nyata. Terimakasih sekali lagi kepada ketua Pengarah Ros Selangor Ybhg En Noraffendy Khalid.
Tahniah Dan Harap Ianya Benar Benar Di lakukan..
Tak kisahlah walaupun lambat ke cepat harap ianya di lakukan supaya dapat mengajar mana mana manusia yg mempunyai hati lebih jijik dari bau busuk bangkai. yang langsung tiada perasaan.mohon maaf jamil memang tidak berminat berkompromi dengan mana mana pihak yg menginaya , membuli haiwan sesuka hati mereka. waaemah haiwan itu anjing atau babi.kenapa mereka perlu di siksa dan di inaya . sedangkan mereka haiwan tidak pernah mendurhakai Allah berbanding manusia.
P/S Keratan akhbar Pandangan dan pendapat Jamilkucing Tahun Lepas...
Monday, 26 March 2012
THE EXTINCT MAN IN THIS CITY
THE EXTINCT MAN IN THIS CITY
While everyone complains about the dirty place that abandoned cats cause, Jamil is the only one who sacrifices his future to take care of them
By Lim Chung Kai
The News Straits Times Singapore
Jamil Bin Ismail carefully places the cat on the scooter, one after another.
Standing steadily on the scooter, the cats seem sleepy. “Yek…yek ...yek”. A monkey is propped on Jamil’s shoulder, looking at the pedestrian who wanted to take picture with him. Here is the place where Jamil works, on the pavement along Jalan Bukit Bintang.
Dressed in a red T- shirt with short black pants, he is sitting lonely on a plastic chair with his daughter, Shaki. However, he never feels alone when he is with Shaki, a monkey he adopted from a hotel.
By standing on the pavement, accompanied with a lot of noise made by the pedestrian, Jamil started telling me about his story. Here is Jamil’s story; although it is not a very pleasant beginning like everyone else.Jamil’s father was a policeman who sacrificed himself in police action on Jamil’s first birthday. By living with his grandparents in a village in Selama, Perak, Jamil used to play with various types of cats since he was young.
After finishing his studies, he worked as a personal assistant to former Prime Minister Malaysia, Tun Hussein Onn and after that worked as a personal assistant to Tengku Mahkota Johor, the son of Johor Sultan. Five years later, he moved to Kuala Lumpur and became the personal assistant of Tan Sri Dato Lim Kok Wing, the chairman of Lim Kok Wing University. Of course, this is not the end of Jamil’s story; his life was just wanted to take a turn for the better.
“They are all local and ordinary cats, but they also need love and care, not only the imported and branded cats,” he said.
Jamill submit his resignation letter afterwards, by spending all his time on his lovest pet, the cats. Until today, Jamil has adopted more than 72 abandoned cats from market, restaurant or along the street. By showing his concern on the animals abandoned issues, several non-profit organization was established in order to adopt the increasingly amount of abandoned animals. Besides cats, Jamil also mentioned that he will adopt any kind of animals, as long as he has the ability.
Undeniably, Jamil’s ability is limited. By giving up the high paying job, Jamil has a hard life in taking the cats, as well as himself. Therefore, Jamil has to place the cats he adopted on the pavement of Jalan Bukit Bintang, in order to make more people aware of this phenomenon. Jamil told that most of the donors are foreigner and there are only few local resident show their concern about the abandoned animals. There is a German couple support him with RM500 annually to buy some food and medicine for the sicken cats.
After all, he is just a man, an ordinary man who is tirelessly fighting to save the lives of many abandoned animals around the country. This is not only his duty, but is our duty. To save ourselves, we should learned to save the animals before learning it. Please show your concern after reading this article and hope that more and more abandoned animals can find their Jamil, in order to continue their life.
source:
Mr Jamil Bin Ismail (catman)
The Chairman Of PPKSKL
Saturday, 24 March 2012
Saturday, 17 March 2012
Tuesday, 13 March 2012
Kenapa kita tidak serius..
Kenapa kerajaan kita tidak serius dalam membantu haiwan , kenapa tidak boleh di adakan sedikit peruntukan untuk membantu Activis activis ahiwan di malaysia demi untuk membantu haiwan dari pada membenarkan PTS di lakukan sewenang wenangnya dengan berbagai alasan . alasan ia terlampau banyak , kesihan mati di langar kereta. population terlampau meningkat.
Aapa masaalahnya kalau di bina sebuah tempat satu untuk anjing anjing terbiar dan satu untuk kucing kucing terbiar. jadikan ia sebuah tempat yg boleh di jadikan tempat perlancungan.malah boleh di jadikan tempat untuk sesiapa sahaja yang mahu mengambil anjing anjing dan kucing kcuing terbiar itu.
Bukanlah saya mahu menekan kerajaan atau menyusahkan kerajaan , kerana sebagai pengerusi ppkskl itu bukan cara saya. saya lebih suka memberi pandangan dan cadangan jadi terpulanglah kepada Kementerian pertanian dna asas tani untuk melakukanya. contohnya cadangan yg kami ajukan kepada kerajaan taman kucing. dan tempat telah di berikan di taman botani. pihak kami masih menunggu green light untuk memulakanya.
Saya sebagai pengerusi sebuah pertubuhan yg dii tubuhkan untuk membantu haiwan haiwan terbiar terutamanya kucing yg di mulakan oleh saya masih mempunyai harapan agar kerajaan terbuka hati untuk melakukanya. saya masih ada hope tentang itu. dan saya pohon penyokong , pendokong dan pencinta haiwan sama samalah berdoa ia terjadi.
Jamil Bin Ismail
Pengerusi Persatuan Perlindungan
Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur
Wednesday, 7 March 2012
Sanggupkah Atau Sekadar Berkata ????
Kadang kadang saya gelihati , pelik dan hairan. sifat setengah orang kita ni kan. bukan saya dengki atau irihati dan tidak mungkin busukhati. cuma saya ingin juga nak bertanya . .ye la terbaca sana terbaca sini. terdengar sana terdengar sini orang tu berkata orang ni berkata. sana nak buka taman kucing sini nak buka taman kucing , sini nak buat heaven for cats sini nak buat worlds of cats.
Saya nak tanya mereka mereka ni satu je soalan. ko orang ni betul betul ke atau setakat cakap kosong atau fill looking gooddd . kalau betul la ko orang nak buat taman kucing ke istana kucing ke banglo kucing ke. alhamdullilah bersyukur ke hadrat Allah subhanahuwataaala.
Akan tetapi soalan Saya sanggup kah mereka mereka ni berhenti kerja dan tumpukan kepada hal ini. sanggup kah memperhambakan diri kepada haiwan haiwan terbiar ini. sanggup kah meninggalkan gaji 3000-4000 , sanggup kah membelakangkan anak bini, sanggupkah meninggalkan kehidupan bebas , sanggupkah menerima sindiran dan cacian, sanggupkah kehilangan itu kehilangan ini , sanggupkah itu snaggupkah ini.
Kalau sanggup ahlhamdullilah dan bagus lah tapi Saya takut satu je hangat hangat taik kucing je. lepas tu jadi mcm taman arnab di taman botani ni. Saya rasa kebanyakan orang setuju dgn Saya. cuma nak mengaku dgn tidak je. betul tak. biarlah ada langau nak kata jamil memuji diri.tapi aku dah buktikan aku sanggup tinggalkan kerja aku, kehidupan aku, gaji tinggi aku, kebebasan aku, demi haiwan. terbukti beb bukan hanya cakap kosong bro. almost 10 years i left everything.
So pada Saya la sebelum kita bercakap tu baik kita cermin diri dulu sanggup kah???
Jamil Bin Ismail
Pengerusi Persatuan Perlindungan
Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur
Sunday, 4 March 2012
Maklumat Penting.
Begitu juga jika ada maklumat apa apa yg PPKSKL boleh bantu sila berhubung terus dengan Pengerusi , Timbalan pengerusi Atau Setiausaha PPKSKL. untuk menyampaikan maklumat. untuk berhubung sila klik foto yg di sediakan di sebelah kana Blogs.
Sekian terimakasih
Persatuan Perlindungan Kucing
Selangor Dan Kuala Lumpur
Friday, 2 March 2012
Remove Poisons from Pet Food
http://www.thepetitionsite.com/1/remove-poisons-from-pet-food/
- Target: CEO Del Monte Foods, CEO Purina
- Sponsored by: Animal Advocates
Cancer is the #1 killer of dogs and toxins in their food is likely a signifigant contributing factor.
Behind the colorful packaging and clever slogans of pet treats, there are dangerous, carcinogenic substances, masked by vague wording like “natural flavors” and “meat.”
Author and natural pet food entrepreneur Amy Renz notes that Del Monte and Purina routinely use chemical ingredients, which are known to be carcinogenic and can also cause liver and kidney problems, loss of consciousness, brain damage, and life-threatening asthma. In addition to being in the top-selling dog treats, these chemicals are also used to manufacture rubber and petroleum products, including embalming fluid.
Pet treat labels often include BHA, BHT, Ethoxyquin, Sodium Metabisulfite, and TBHQ among the ingredients.
-BHT is banned in England and BHA is thought by the National Institutes of Health to cause stomach cancer.
-Ethoxyquin is so toxic that the FDA prohibited it from human consumption except for minute quantities in certain spices.
-Sodium Metabisulfite (the preservative in Milk-Bones) is harmful if ingested or inhaled.
-TBHQ can cause death from ingestion of as little as 5 grams.
The FDA also allows 4D animals, including roadkill, dying or diseased animals, disabled, and spoiled or contaminated meat to be used in pet food. “Meat” and “by-products” are found in Milk-Bones (Del Monte), Pup-Peroni (Del Monte), Busy Bones (Purina), Moist n Meaty (Purina), T-Bonz (Purina), and Beneful Snackin’ Slices (Purina).
SOURCE:
http://www.pasadosafehaven.org/2012/02/killing-me-softly-the-truth-behind-pet-treat-labels/
Tell Del Monte and Purina to remove these toxic, cancer causing by-products from pet food and pet treats.
Patrick McGuinis
CEO Purina
Checkerboard Square
St Louis,
Missouri, USA, 63164
Phone: 800-778-7462
Email: http://register.purina.com/content/ContactUs?sourcebrand=18
David J. West
CEO Del Monte Foods
P.O. Box 193575
San Francisco, CA USA 94119
Phone: 415-247-3000
Fax: 415-347-3565
Email: http://www.delmontefoods.com/contactus/Contact.aspx less
Pembunuhan yg di halalkan.
Kalau anda benar benar sayangkan kucing tak kira kucing apa anda patut menyokong petition ini . iaitu meminta DBKL atau mana mana majlis bandaran lain di malaysia tidak menangkap kucing kucing terbiar kalau hanya untuk di bunuh ( PTS ) Kami pencinta pencinta haiwan di malaysia menentang keras pembunuhan kucing kucing terbiar dengan ayat ( PUT TO SLEEP ) yang bunyinya begitu merdu tetapi sebenarnya kejam. Tiada sesiapa pun berhak untuk mematikan mereka waaemah apa apa pun alasan.
Kalau hanya setakat komplain dari orang perseorangan itu tidak melayakkan DBKL atau mana mana majlis perbandaran untuk menangkap dan membunuh mereka. Jika benar DBKL atau mana mana majlis perbandaran kasihkan kucing terbiar mereka sepatutnya menyokong Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL untuk membina Taman kucing di Taman Botani Shah Alam .
Kami Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL dan pencinta pencinta haiwan di malaysia sentiasa memerhati dan bersedia untuk mengambil tindakan terhadap mana mana agensi, orang perseorangan atau sesiapa yang menginaya atau membunuh haiwan terutamanya haiwan manja seperti kucing dan anjing . sesukahati.
Kepada pencinta haiwan bersatulah kita demi haiwan.sudah sampai masanya kita bersatu demi haiwan ,keadilan , keselamatan , dan kesejahteraan mereka .walaupun dengar katanya ada ngo yg sekarang mengambil kucing kucing dari DBKL .Tak tahulah mereka buat kerana ikhlas atau jalan untuk membuat wang kami tidak tahu. tetapi kami menentang PTS. Apa kata PTS itu di lakukan kepada orang yg nak melakukanya kan aman dunia ini.
http://www.thepetitionsite.com/1/berhenti-bunuh-kucing-stop-killing-cats-put-to-sleep/
Penginaya Haiwan Terbaru. ( Anjing )
Biarlah orang yang berurusan pasal anjing melakukanya. kalau semua orang nak menyibuk lama lama kerja tak berjalan. siapa yg berkenaan dgn anjing tentu mereka sudah adukan kepada Dvs so tak perlu kitta sibuk.ppkskl sentiasa memandang serius penginayaan terhadap haiwan. pihak Dvs telah memberitahu kami yg sudah ada beberapa orang membuat report tentang hal ini. jadi mereka akan bertindak terhadap hal ini. .dan ppkskl rasa tak perlulah ppkskl menambah lagi kerana sudah ada.
Thursday, 1 March 2012
Menjawab Tuduhan Tuduhan En Sharul nizam Ab Rahim
Menjawab Tuduhan Tuduhan En Sharul nizam Ab Rahim
Assalamualaikum warahmattullahhiwabarokatuh..
Semenjak dua menjak ini salah seorang ajk PPKSKL yg di lantik oleh saya untuk memenuhi jawatan sebagai Ajk Biro dana telah bertindak menhentam saya , setiausaha ppkskl dan bendahari ppkskl dgn berbagai tuduhan , saya di tuduh berbagai tuduhan yg saya sendiri tak pernah terfikir untuk melakukanya . saya tidak minat perkara ini di panjangkan kerana agenda saya lebih jauh dari bergaduh atau membusukan orang mahupun mencari salah orang tetapi beliau tidak habis habis dan tidak berhenti menghentam saya tanpa sebab musabah.
Mungkin ia membawa keseronokan kepada beliau kerana katanya walaupun beliau hentar beliau masih mahu duduk minum kopi bersama saya . itu perangai orang politik. saya tiada perangai begitu walaupun saya menyokong parti politik. dan saya tak mahu politik di bawa ke dalam ppkskl , berbeza dgn beliau. bergambar , menulis, sms , email , semuanya 1 malaysia. itu sudah membawa politik ke dalam ppkskl. sifat beliau yg menghina orang cina membuat saya kurang selesa. tak kiralah mereka dap ke. mca ke itu racis. kemudian ada cina yg suka kucing beliau puji pula .
Pada saya perbuatan beliau tak lebih dari mahu menutup pekong di dada di atas janji janji beliau yang beliau tidak dapat tunaikan , dari mula bersama ppkskl sehingga sekarang . janji janji yg kami sendiri tak pinta tetapi beliau buat.
antaranya
1 ) Mengotakan harapan saya untuk mencari dana rm 100k untuk memulakan kerja kerja persatuan.
2) Janji beliau untuk membawa ppkskl berjumpa menteri besar perak
3) Janji beliau untuk membawa ppkskl berjumpa perdana menteri
4) Janji beliau untuk memberi pinjaman rm 10k pada bulan disember 2011untuk kegunaan persatuan
5) Janji beliau untuk dapatkan sumbangan dana dari beberapa orang.
6) Janji beliau untuk saya mendapat pinjaman marah bagi memulakan perniagaan
7) Janji beliau untuk saya mempunyai gaji .
Dan juga pada saya beliau ada mempunyai tujuan lain apabila mula merapatkan diri dengan saya sehingga saya tertarik untuk membawa beliau bersama dalam perjuangan ppkskl .di mulakan dengan beliau selalu menyumbang untuk untuk kucing saya. menyumbang sangkar ketika saya mengadakan pungutan sumbangan wang untuk membeli sangkar .baru.
Sebab saya berkata begitu dari perjumpaan dengan YAB Noh Omar hingga ke perjumpaan dgn Pengarah MOA beliau pasti akan membawa orang luar yg tiada kena mengena dgn ppkskl. sekali. apabila di Tanya alasan beliau . orang ini yg akan menyumbang rm 100k ./ orang ini yg akan bawa ppkskl ke pejabat pm / orang ini yang akan membantu kita . dan kebanyakan soalan beliau dalam mensyuarat ialah
1 ) ada tak peluang untuk dapat geran itu geran ini
2 ) ada tak peluang untuk dapatkan projek itu porojek ini
3 ) ada tak peluang untuk dapatkan potongan cukai melalui ppkskl
4) ada tak peluang untuk dapat surat itu surat ini.
Pada saya beliau memang tidak berminat langsung dalam perjuangan membela haiwan haiwan terbiar sebenarnya. melainkan hanya bercakap besar dan mendabik dada. pengalaman saya 16 tahu membuat kerja amal demi haiwan selalunya ornag yg bercerita lebih , bercakap besar mereka tiada minat untuk membuat.selain bercakap sahaja.demi utnuk menutup sikat mereka itu bereka bercakap. komplain sana komplain sini. tunjuk yang mereka perihatin.
Beliau menuduh saya membuat claim dgn duit persatuan , ya saya mengaku saya buat claim,dan saya telah maklumkan kepada ajk ajak ppkskl sebelum beliau menyertai kami lagi. dan antara clain yg saya buat atas kebenaran ialah
1 ) Duit duit saya yang di gunakan untuk menubuhkan ppkskl. dari segi duit steam , duit pembelanjaan surat, pos , ink printer , kertas , segala pembelanjaan untuk memulakan ppkskl sehingga mensyuarat agong pertama.semua duit saya sendiri. duit minyak untuk timbalan pengerusi hantar surat surat ke ros. semuas aya tanggung. masakan saya mengajak mereka saya mahu mereka keluarkan wang.saya bukan orang kaya. saya gunakan sedikit sedikit wang simpanan yang saya ada.
2) Dalam mensyuarat pertama selepas di luluskan saya beritahu mulai sekarang saya akan claim makanan kucing yg saya beli.ini kerana buat masa sekarang hanya saya seorang yang membuat kerja menyelamat dan menjaga kucing kucing terbiar. semua ahli ahli jawatankuasa bersetuju. jadi kenapa di ungkitkan.
3 ) Saya claim duit mintak , duit toll , duit yg di bayar terlebih dahulu oleh ajk jak jika perlu.
Saya tidak takut dgn ugutan beliau. malah jika mahu saya sendiri akan laporkan kepada sprm atau ros supaya menyiasat saya. untuk memastikan ianya telus.
Ya memang saya tubuhkan ppkskl untuk membantu kerja amal saya . kerana mustahil saya hanya nak buat seperti sekarang sampai ke tua. idaman saya ialah sebuah taman kucing jadi ia mesti dari bawah. buat apa saya tubuhkan persatuan untuk orang lain. kalau mereka mahu kenapa mereka tak buat sendiri. adakah ppkskl untuk diri jamilkucing. jawabnya tidak. ppkskl untuk membantu dan meneruskan kerja amal yg di jalankan oleh jamilkucing. salahkah beliau sebagai seorang yg melakukanya membuat claim .
En sharul bercakap ppkskl sepatutnya membantu mana mana pencinta pecinta haiwan yg layak. ya betul jika ppkskl sudah mempunyai wang yg banyak dan stabil. buat masa ini ppkskl sendiri tercungap cungap adalah mustahil ia dapat membantu pencinta haiwan lain. malah saya pernah bercakap dgn en sharul atau beberapa orang lagi yg saya lupa.siapa. kalau ppkskl stabil banyak wang. siapa yg membela kucing lebih dari 30 ekor kami mahu berikan 500-1000 sebulan bagi membantu mereka.
Saya yang menubuhkan ppkskl tetapi saya tidak pernah termimpi taman kucing melainkan hanya indaman yg saya sendiri tak pernah terfikir akan terjadi . saya tak pernah bermimpi ia akan terjadi di Malaysia. tak kiralah di bawah kerajaan barisan nasional atau pakatan. berdasarkan bangsa yg ada di Malaysia. jadi ia memang tiada dalam agenda penubuhan ppkskl. tetapi apabila terjadinya perjumpaan dgn YAB Menteri DS Noh omar ia satu bonus kepada saya atau ppkskl . tentulah saya suka dna mahukan.
Cukuplah di sini penerangan saya.saya pun tak minat nak panjang panjangkan hal ini .saya tidak pernah terniat untuk bermusuh dgn beliau tetapi tuduhan tuduhan beliau amat dsayat. saya tidak takut nama saya busuk. saya sudah lali di busukan. di hina di fithnah, di caci. dah berbelas tahun. andai kata pihak musuh menunggu semua ini SO WHAT ? rumah siapa tiada pergaduhan. persatuan mana tiada masalah, parti mana tiada masaalah. siapa yg tak bergaduh.pergi jalan dgn mereka. saya hanya nak teruskan apa yg saya sudah lama buat.
Sharul Nizam Ab Rahim
Saya juga telah memaklumkan kpdnya. Andainya gerak kerja diatas hilang suatu hari nanti disebabkan DVS Malaysia tidak memberi apa2 bantuan dan sokongan yang significant, Y Bhg Datuk Dr Abdul Aziz adalah manusia yang perlu bertanggungjawab sewaktu beliau mempunyai kuasa sehinggalah beliau menghabiskan sisa2 pencennya bersama anak cucu kelak. Manakala Pegawai kesayangan beliau bernama Dr Ardhy bin Adnan akan saya lihat sebagai Tuan Penasihat 25% Sadiq Segaraga
Jamil Bin Ismail
Pengasas / Pengerusi
Persatuan perlindungan Kucing selangor Dan Kuaal Lumpur.