PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Saturday 31 December 2011

Luahan Hati Pencinta Haiwan

Selamat tahun baru 2012. Saya betul2 berharap seluruh rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah Sarawak, Kadazan dan lain2 mari kita bersama-sama memberi perlindungan secara total kepada survival haiwan di Malaysia

Kepada Perdana Menteri aku yang bernama YAB Dato' Seri Najib Tun Hj Abdul Razak (BARISAN NASIONAL), usahlah memandang enteng undi drp pencinta2 haiwan di seluruh Malaysia pd PRU 13 ini. Gembirakanlah mereka dengan apa cara sekalipun. Jika tidak tahu bagaimana boleh menggembirakan mereka, saya sarankan tuan lakukan perkara2 dibawah

1. Beri peruntukkan sedikit lebih kepada Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Oleh yang demikian, apabila ada kes kezaliman haiwan yang berlaku dihujung minggu, akan ada penguatkuasa yang boleh bertugas. Tugasan hujung minggu itu perlulah dibayar bagi menghargai peluh jantan mereka yang mengalir

2. Wujudkan geran dan beri pada NGO yang terbukti bergadai nyawa dan berjuang melindungi haiwan di Malaysia. Oleh yang demikian, mereka2 itu tidak perlu menjual rumah, kereta, motor, skuter, pelbagai harta benda dan yang paling teruk tidaklah bergaduh laki bini utk menjana dana bagi kerja2 amal

3. Wujudkan Tokoh Pembela Haiwan Tahunan. Mungkin setiap tahun, akan ada 3 atau 4 orang dipilih daripada pelbagai kategori iaitu Kucing, Anjing, Monyet, Beruk dan lain2 yang dirasakan sesuai. Oleh yang demikian, mungkin ramai rakyat Malaysia yang begitu berusaha berbuat sesuatu terhadap survival haiwan di Malaysia. Ini kerana, pada setiap tahun mungkin merekalah antara yang bakal dipilih utk menerima hadiah RM10,000 dan plak penghargaan daripada Perdana Menteri

4. Wujudkan R&R Haiwan di Malaysia. Oleh yang demikian, rakyat boleh meletakkan apa2 makan / minum disini secara sukarela. Mana-mana kucing, anjing dan lain-lain haiwan yang lapar dan dahaga, R&R ini menjadi talian hayat mereka

5. Keluarkan arahan kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN supaya membantu haiwan. Arahan itu berbetuk, mana2 Yang Berhormat @ YB DIWAJIBKAN memberi makan / minum kepada mana2 kucing2 dan anjing2 terbiar. Figure minima adalah kucing (20 ekor) dan anjing (10 ekor). Kegagalan mereka berbuat sesuatu terhadap haiwan, besar kemungkinan masa depan politik mereka tidak begitu cemerlang

"Memberi perlindungan haiwan adalah kepentingan bersama bukan kepentingan politik kepartian"

Sharul Nizam Abd Rahim



Thursday 29 December 2011

Maklumat Penganiayaan kucing

  • Seseorang telah menghubungi pengerusi PPKSKL untuk memberi maklumat tentang penganiayaan terhadap kucing di Bangi . Pengerusi telah menyampaikan maklumat tersebut kepada AJK PPKSKL sdr Sharul Nizam Ab rahim dan beliau telah menjalankan gerak kerja dengan menghubungi pegawai-pegawai DVS Selangor agar diambil tindakan segera.

    Pihak PPKSKL telah mendapatkan maklumat iaitu nama tuan rumah atau tuan punya kucing , alamat , kedudukan rumah semuanya lengkap . Tiga orang pegawai DVS Selangor di ketuai oleh En Zamri telah pergi ke tempat yg di laporkan. Di bawah ini adalah laporan yg di sampaikan kepada PPKSKL.



    • lagi satu...td g satu umh utk urusan opis..de cage kucing..tp...sedih sgt2...de 3 ekor kucing kaler putih + oren....de sekor tu cm dh nazak jerr...kotor n comot sgt2(siap de lalat)..dh 2 kali g umh tu...1st time tu ok g..td g..cm dh pasrah jer...saya sgt rse sedih + pilu tgk kucing tu...yg lagi sekor tu ngiau2..cm mintak tolong...

      sgt sedih..n geram kat owner umh tu..tp..saya g ngan boss..so xleh ckp pe..tolong saya..

      p/s: sesape boleh tolong saya..tolong PM saya..lokasi nye di Teras Jernang, Bangi..tolong...kite g sesama

    Dan pihak kami PPKSKL telah cuba mendapatkan maklumat daripada pegawai DVS Selangor iaitu En Azizi. di bawah ini transkrip permohonan kami.

Jika prosedur membenarkan, pohon kongsikan hasil penyiasatan thadap aduan smlm.

T/kasih atas aduan kes kezaliman terhadap kuching di Bangi. Siasatan DVS mendapati kuching di situ dlm keadaan baik & tiada kes kezaliman. Atas prinsip harta & maklumat kes adalah kepunyaan tuanpunya kuching & tiada kesalahan dikesan, ini sememang menjadi prosidur DVS tidak boleh mendedahkan apa2 maklumat yg diperolehi dlm tindakan pgknya. Sekian. Soh dpd DVS. Cc kpd Dr. Nazahiyah, En. Azizi.

T/kasih atas kepercayaan tuan & Persatuan tuan kpd Penguatkuasa Veterinar, DVS. Kita sama2 membantu memastikan kebajikan haiwan terpelihara dlm negara. Jumpa lagi, sekian. Dpd. Soh.

Tuesday 27 December 2011

Penganiayaan Terhadap Haiwan Dan Undang -Undang...


PENGENALAN
Kesedaran awam dan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kebajikan haiwan dewasa ini telah meningkat. Bagi menangani isu-isu kebajikan haiwan maka Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah berusaha melaksanakan program seperti mempromosikan Amalan Penternakan Haiwan Yang Baik [“Good Animal Husbandry Practice”] dan menganjurkan kempen-kempen menyayangi haiwan. Dalam pada itu, pihak Jabatan juga mengambil tindakan mendakwa mereka yang melakukan kezaliman terhadap haiwan ke Mahkamah.

2.TAFSIRAN HAIWAN
Di bawah seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) “haiwan” bermaksud, sebarang makhluk yang hidup selain daripada manusia dan termasuk mana-mana haiwan, burung, ikan, reptilia atau serangga, samaada liar atau jinak.

3.PERBUATAN MENZALIMI HAIWAN ADALAH SUATU KESALAHAN
(a)Menurut perenggan 44(1)(a) hingga (g), seseorang adalah bersalah melakukan kezaliman terhadap haiwan jika-
(i)secara zalim memukul, menendang, menganiaya, terlebih tunggang, terlebih pandu, terlebih muatan, mendera, memarahi atau menakutkan mana-mana haiwan; atau

(ii)menyebab atau penyebab atau sebagai pemilik membenarkan mana-mana haiwan untuk digunakan sedemikian; atau

(iii)sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap mana-mana haiwan di dalam kurungan atau semasa memindahkannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain, cuai dalam membekalkan haiwan tersebut dengan makanan atau air yang mencukupi; atau

(iv)dengan sewenang-wenangnya atau tanpa sebab yang munasabah melakukan atau meninggalkan apa-apa perbuatan, menyebabkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak wajar, atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak wajar kepada mana-mana haiwan; atau

(v)menyebabkan, mengakibatkan atau, sebagai pemilik, membenarkan untuk ditahan, diangkut, diangkat atau dibawa apa-apa haiwan dalam cara atau kedudukan yang menyebabkannya kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya; atau

(vi)mengambil bekerja atau menyebabkan atau mengakibatkan atau, sebagai pemilik, membenarkan untuk diambil bekerja bagi apa-apa prkerjaan atau tugasan, mana-mana haiwan yang mana disebabkan sebarang penyakit, kelemahan tertentu, luka atau bengkak, atau dalam hal lain tidak layak untuk diambil bekerja; atau

(vii)menyebabkan, mengakibatkan atau membantu bagi melaga atau mengumpankan mana-mana haiwan atau menyimpan, mengguna, mengurus, atau menjalankan atau membantu di dalam pengurusan mana-mana premis atau tempat bagi tujuan, atau sebahagiannya bertujuan, untuk melagakan atau mengumpan mana-mana haiwan, atau membenarkan mana-mana premis atau tempat diselenggara, diurus atau digunakan, atau menerima atau menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana orang menerima, wang bagi membenarkan seseorang untuk masuk ke premis atau tempat sedemikian.

(b)Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah akan dikenakan denda RM200/= atau penjara untuk tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(c)Pemilik haiwan adalah dianggap telah membenarkan suatu kezaliman sekiranya dia gagal melakukan penjagaan dan penyeliaan yang munasabah dalam melindungi haiwan.
(d)Di bawah subseksyen 44(3) Akta yang sama, perlakuan atau peninggalan apa-apa perbuatan dalam proses mematikan, atau persediaan untuk mematikan, mana-mana haiwan sebagai makanan untuk manusia adalah TIDAK TERPAKAI bagi kesalahan kezaliman melainkan tindakan mematikan tersebut atau persediaan berkenaan disertakan dengan penderitaan yang tidak berpatutan.

4.KUASA PIHAK BERKUASA VETERINAR

(a)Menurut seksyen 45, mana-mana pihak berkuasa veterinar boleh-

(i)menangkap tanpa warrant mana-mana orang yang dilihatnya melakukan mana-mana kesalahan menzalimi haiwan;

(ii)memberhentikan dan memeriksa mana-mana haiwan di atas jalanraya atau tempat-tempat awam seandainya ia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa satu kesalahan telah atau sedang dilakukan; dan

(iii)merampas haiwan, kenderaan dan artikel yang ada kaitan dengan kesalahan.

5.PENGADUAN

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan pelakuan kezaliman terhadap haiwan bolehlah dilaporkan segera kepada Pegawai Penguatkuasa (sebagai Pihak Berkuasa Veterinar) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar seperti di Lampiran A & B.

Monday 19 December 2011

Fitnah terhadap Persatuan Perlindungan Kucing Selangor dan Kuala Lumpur (PPKSKL)

Ruj. Kami : SKMM(T)09-STGD/960/2011/Jld.5(132)

Tuan,

ADUAN TERHADAP HALAMAN FACEBOOK YANG BERUNSUR FITNAH

http://www.facebook.com/nerqleman

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada aduan tuan bertarikh 25 November 2010 berhubung perkara di atas.

2. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meneliti aduan tuan mengenai komen dari profil Facebook Nerq Suzana Sulaiman (http://www.facebook.com/nerqleman) berhubung dakwaan fitnah terhadap Persatuan Perlindungan Kucing Selangor dan Kuala Lumpur (PPKSKL). Untuk makluman, SKMM telah mengambil tindakan dengan membuat laporan penyalahgunaan (report abuse) kepada Facebook berhubung komen dari profil Nerq Suzana Sulaiman.

3. Selain itu, untuk makluman pihak tuan, keputusan untuk mengeluarkan kandungan di Facebook adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh laman tersebut. Memandangkan mereka beroperasi di luar negara, maka mereka tidak tertakluk kepada peruntukan undang-undang Malaysia termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kawalan SKMM.

4. Facebook adalah satu platform media sosial yang terbuka kepada semua orang untuk menyuarakan pandangan mereka. Dalam kes ini, pihak kami difahamkan bahawa tindakan sivil (mahkamah) akan di ambil oleh pihak tuan (PPKPSKL) terhadap suspek. Pihak kami mengalu-alukan tindakan tersebut kerana ia lebih kepada pandangan atau maklumbalas suspek terhadap PPKSKL. SKMM akan memberkerjasama kepada pihak polis atau mahkamah dengan menyalurkan maklumat kesalahan yg di lakukan oleh nerq suzanna sulaiman. sekiranya diperlukan.dan di kehendaki oleh peguam tuan.

5. Pihak kami menyarankan supaya tuan membuat laporan penyalahgunaan (report abuse) kepada pihak pengendali laman (Facebook) berhubung komen dari profil Nerq Suzana Sulaiman seperti yang disediakan di dalam laman sesawang Facebook (Report Page).

6. Pihak kami berharap penjelasan di atas dapat menyelesaikan isu yang disuarakan oleh tuan.

7. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumbalas, pihak tuan boleh berhubung dengan Encik Saiful Azhar dari Jabatan Pengawasan dan Pengurusan Maklumat di talian 03-8688 8000 atau menerusi emel newmedia.unit@cmc.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Unit Media Baru

Bahagian Perkhidmatan Digital Sekuriti,

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Off Persiaran Multimedia

63000 Cyberjaya

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

Tel: +60 3 8688 8000

Fax:+60 3 8688 1003


Important Notice :

The content of this e-mail are confidential and may be privileged. If you are not the intended recipient, please do not read, use, print, copy, forward or distributed the contents or disclose it to anyone. Instead, please inform us by return e-mail and delete it from your system immediately. Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia shall be understood as neither given nor endorsed by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Saturday 17 December 2011

Perlantikan Setiausaha Baru Cik Nieza Iraniey

Malam ini juga PPKSKL menerima perlantikan Setiausaha Baru iaitu Cik Nieza Iraniey yg mengantikan Puan Siti Zubaidah Hj Taha ,tahniah di ucapkan kepada Cik Nieza Iraniey di atas perlantikan tersebut.Semoga Cik Nieza Iraniey akan dapat sama-sama membawa PPKSKL maju ke hadapan. Dan diharapkan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berhemah dan tegas.




Bank Account No :Bank Islam Malaysia Bhd, Cawangan Ampang Selangor

Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

Jutaan Terimakasih Puan Siti Zubaidah Hj Taha


Mesyuarat AJK PPKSKL , Diantaranya adalahmenerima perletakan jawatan setiausaha PPKSKL Puan Zubaidah Hj Taha kerana janji beliau menjadi setiausaha hanya sehingga Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Kuala Lumpur betul-betul kukuh dan stabil. PPKSKL kenalah kotakan janji .Lagipun beliau adalah seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai tanggungjawab untuk suami dan anak anak.



Apa pun PPKSKL mengucapkan jutaan terimakasih kepada Puan Siti Zubaidah Hj Taha di atas pertolongan beliau bagi menjayakan PPKSKL ,akan ada dalam sejarah nama beliau akan terpahat sebagai salah seorang yang menubuhkan PPKSKL. Jasa beliau tidak akan PPKSKL lupakan ,Tersirat dalam sejarah jika tidak kerana Puan juga maka tiadalah PPKSKL. Akan tetapi Puan Siti Zubaidah tetap ahli persatuan.



Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd, Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1

Monday 12 December 2011

Pinjaman MARA

Hari ini Pengerusi PPKSKL En Jamil Bin Ismail menerima jemputan En Sharul Nizam Ab Rahim untuk menghadiri majlis penerangan dan mendapatkan maklumat dgn pegawai pegawai MARA di bangunan MARA di Jalan Raja Laut. Pengerusi pergi bersama sdr Add Artzmie Ajk Biro Penerangan PPKSKL .Banyak maklumat yg dapat diperolehi yang mana kebanyakan maklumat itu tidak di ketahui sebelum ini.

Prosedur-prosedur untuk membuat pinjaman - pinjaman yg tidak kita ketahui sebelum ini. Juga yang agak memeranjatkan saya ialah rupa-rupanya orang kita Melayu begitu mudah membuat pinjaman tetapi begitu liat membayar balik. Sehinggakan menurut pegawai MARA orang kita kita berhutang hampir 72 juta ringgit , dan hilang begitu sahaja. Malah menurut pengerusi , beliau ada bertanya tidak kah MARA mengheret penghutang-penghutang ini ke mahkamah. jawab pegawai itu bagaimana nak heret kalau bayaran mahkamah lebih tinggi dari hutang peminjam. Maka duit itu akan hilang begitu sahaja.

PPKSKL juga mendapat maklumat bagaimana mahu membuat pinjaman untuk melaksanakan taman kucing yg dalam perancangan. Ini kerana menurut sdr sharul Nizam kalau nak di harapkan sumbangan baik yg di minta atau yg di harapkan, tak mungkin projek taman kucing ini akan berjaya. PPKSKL perlu berbuat ssesuatu sama ada membuat sebuah perniagaan pet shop atau mengimport makanan kucing dan jualkan.



Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd, Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

Sunday 11 December 2011

Pengerusi dan Timbalan ke Taman Botani




Hari ini Pengerusi En Jamil Ismail dan timbalan pengerusi En Luqman telah ke Taman Botani Shah Alam sekali lagi dgn tujuan untuk mengambil beberapa gambar taman kucing yg bakal di bina dengan lebih terperinci. Kami sampai disana dalam pukul 10.45 pagi dan di sambut oleh pengurus taman botani En Mohammad Gaddafi yang telah menunggu kami di pintu masuk taman. Terasa begitu di hormati terhadap layanan En Mohammad Gaddafi semenjak kami mengenali beliau di mensyuarat di kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani tempohari. Layanan beliau begitu mesra sekali.

Kami di benarkan terus memandu kenderaan kami sampai ke tapak taman arnab yang bakal di jadikan taman kucing.Malah kami cukup bertuah kerana tempat atau bangunan tersebut tidak berkunci yg membolehkan kami masuk dan meninjau ke dalam. Masih terdapat beberapa ekor arnab yg di tumpangkan di situ. Memang saya amat berpuashati dengan tempat tersebut. Cuma perlu dilakukan beberapa perubahan dan pembinaan lanskap yg memenuhi citarasa taman kucing.

Sistem pengaliran air cantik, bekalan elektrik elok, pembentungan saluran najis elok. Tekanan air kuat.

Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor
Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1

Monday 5 December 2011

Support us To Help Animals



Jika benar anda semua menyokong kerja amal kami , benar menyokong apa yang kami rancang untuk kucing kucing terbiar, betul betul kasihankan kucing-kucing terbiar , betul betul mahu kucing terbiar terbela , benar-benar ikhlas bukan hanya setakat berkata kata ,bukanlah niat Admin untuk mempersenda atau menghina. Berilah sumbangan kepada persatuan PPKSKL ( http://ppkskl.blogspot.com ) . Persatuan ini mengharapkan sumbangan bukanlah untuk kucing kucing sendiri seperti yg di tuduh oleh pihak-pihak tertentu.

Jika anda tidak membantu kami dengan wang ringgit bagaimana kami mahu menjayakan harapan harapan pencinta -pencinta kucing sejati atau Genuine animals lover. PPKSKL mahu menyediakan sebuah tempat terbaik dan selesa untuk haiwan-haiwan ini. Sumbanglah kepada persatuan kami.

Bank Account : Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur
Acc No : 12-122-01-000847-1

Bakal Taman Kucing



Alhamdullilah Insyaallah impian peribadi jamilkucing khasnya impian PPKSKL am nya pasti akan jadi kenyataan , dalam lawatan bersama rombongan PPKSKL hari ini di Taman Botani Bukit Cerakah, Pengurus Taman Botani En Mohammad Gadaffi telah menyarankan agar PPKSKL mengambil alih taman arnab yg telah ditinggalkan untuk di jadikan taman kucing.




Menurut beliau, pihak taman botani akan membersihkan, memperbaiki apa yg rosak, mengadakan apa sahaja yg PPKSKL pinta untuk menjadikan tempat ini taman kucing, termasuk memagar sekeliling tempat tersebut. Pada pandangan peribadi jamilkucing memang tempat tersebut amat sesuai untuk kami mulakan kerana segalanya telah siap ada, bangunan , sangkar-sangkar ,kelengkapan api dan air serta suasana hutan yg nyaman.


Kepada penyokong kami, penyokong PPKSKL, penyokong jamilkucing dan pencinta haiwan doakan bersama sumbangan bagi kami menjayakan impian seluruh pencinta haiwan .Mulakanlah sekarang. Mulakan'




Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd, Cawangan Ampang Selangor Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

Lawatan ke Taman Botani Atas jemputan En Mohammad Gaddafi..




Pengerusi dan ahli ahli jawatankuasa Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL telah di jemput oleh Pengurus Taman Botani Bukit Cerakah untuk mengadakan lawatan sambil mencari dan melihat tapak yang sesuai di Taman Botani untuk di jadikan taman kucing terbiar.



Rombongan PPKSKL telah tiba di Taman Botani kira kira pukul 8.00pagi dan disambut oleh En Gadaffi pengurus Taman Botani Bukit Cerakah. Kemudian rombongan PPKSKL di bawa sendiri oleh Pengurus Taman Botani En Gadaffi dengan sebuah van untuk meninjau selurut tempat di taman botani. termasuk bekas tapak taman arnab yang telah di tutup.



Rombongan kami di bawa bersiar-siar hampir 2 jam . Terimakasih di ucapkan kepada pengurus Taman Botani Bukit Cerakah En Mohammad Gaddafi Bin Denis atas kerjasama yang amat baik. dan layanan VIP yg di berikan kepada rombongan PPKSKL. Semoga kerjasama akan dapat di jalankan.




Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor
Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1

Friday 2 December 2011

Mesyuarat tentang pembinaan Taman Kucing



Pengerusi Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur telah menghadiri Mesyuarat tentang pembinaan Taman Kucing Pertama di Malaysia hari ini (Khamis, 1 Dec 2011 jam 215PM). Majlis dipengerusikan oleh Tuan Haji Othman bin Saad, Setiausaha Bahagian Khidmat Sokongan dan Pembangunan Industri. Turut hadir ialah En Gadaffi Bin Denis pengurus taman botani ,dan 3 orang wakil jabatan veterinar.





Mesyuarat boleh di katakan sebagai majlis suaikenal dengan pegawai kerajaan yg akan bertanggungjawab dan memberi penerangan secara kasar. Semoga bermulalah sejarah penempatan istimewa untuk makhluk ciptaan Allah ini dan semoga ini adalah permulaan apa yg kami PPKSKL rancangkan. Insyaallah.





Bank Account :Bank Islam Malaysia Bhd,Cawangan Ampang Selangor
Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur

Acc No : 12-122-01-000847-1