PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Monday, 8 August 2011

Perlantikan Sdr Sharul Nizam Ab Rahim ...











Ruj. Kami : ( 1 ) PPKSKL/SL/11

Tarikh : 6hb. Ogos 2011

Encik Sharul Nizam bin Ab Rahim

Ketua Penaja

Gerakan Pemuda Prihatin (GPP)

P03-09, Jati 1

Subang Mewah USJ 1

47620 Subang Jaya

Selangor

Tuan,

SURAT PERLANTIKAN

Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan kami dengan sukacitanya melantik Saudara SHARUL NIZAM BIN AB RAHIM sebagai AJK Biro Publisiti Khas PPKSKL berkuatkuasa pada 6hb Ogos 2011. Antara tugas-tugas saudara ialah memperkenalkan persatuan, menambah ahli,melakukan promosi-promosi persatuan dan mendapatkan maklumat-maklumat tentang penganiayaan terhadap haiwan terutamanya kucing-kucing terbiar.

Persatuan mengucapkan tahniah di atas perlantikan ini dan kerjasama saudara dalam kerja-kerja amal persatuan sangat-sangatlah diharapkan dan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( JAMIL BIN ISMAIL )

Pengerusi

Persatuan Perlindungan Kucing Selangor dan Kuala Lumpur (PPKSKL)




Admin berharap Sdr Sharul Nizam dapat menyumbang bersama idea idea bernas untuk memastikan persatuan ppkskl bergerak maju ke hadapan. dan admin juga mengucapkan tahniah di atas perlantikan sdr sharul Nizam ab Rahim.

Monday, 18 July 2011

SUMBANGAN UNTUK MEMBELI KANDANG KANDANG KUCING BARU..


















SUMBANGAN UNTUK MEMBELI KANDANG KANDANG KUCING BARU..

Setahun lepas abg jamil ada membuat satu artikel atau kolum bersertakan foto foto untuk memohon sumbangan bagi menukar semua sangkar sangkar kucing abg jamil sebanyak 20 buah sangkar. termasuk beberapa koperat dan ahli politik termasuk anwar ibrahim sendiri tetapi sampai sekarang tiada jawapan. tak mengapalah. waktu itu jamil memohon atas nama sendiri.

Sekarang atas nama pengerusi persatuan perlindungan kucing selangor kuala lumpur ( ppkskl ) Admin memohon kepada pencinta kucing , peminat kucing animals lover. yang mengenali abg jamil menolong abg jamil untuk membeli 25 buang sangkar baru . tak perlu banyak jika seorang sanggup memberi sumbangan untuk satu sangkar pun cukup. satu sangkar berharga rm 110.00 tetapi jika pihak abg jamil beli dapat harga rendah iaitu rm 80.00 . jadi Admin berharap jika anda dapat menyumbang rm 80 .00 seorang. jamil akan masukan di fb siapa yg beri.apabila cukup untuk 25 sangkar jamil akan inform dalam fb dan blogs.

Kandang kandang dah teruk sangat sehingga ada yang l terpaksa letakan mar mar dalam sebab dah berlubang teruk. berkarat. terus terang abg jamil cakap .kandang kandnag ni dah hampir 5 tahun. dari rumah lama lagi. dan kalau boleh la siap yg sumbang tolong berikan nama sebab abg jamil nak letakan di kandang tu sumbangan siapa. harap tidak keberatan. Admin berharap tolonglah.abg jamil sentiausaha dan bendahari persatuan telah membuka akaun persatuan tetapi masih belum dapat keputusan lagi. jadi buat masa ini kami hanya mengunakan akaun jamil. jamil sertakan no akaun dibawah ini. sesiapa yg menyumbang kali ini tolonglah masagekan nama sdr/sdri. jika mahu berhubung sila masage jamil akan berikan ni handphone ya.

MAY BANK BERHAD;
MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN)
JAMIL BIN ISMAIL
ACCOUNT NO: 164016046536

Update Senarai Penyumbang ;

1) Ir Hj Bob rm80/
2)
Sharul Nizam Abd Rahim rm 80 /
3) Mr Christofer William Tan rm80 ( skr )
4 ) Hamba Allah rm 80 /
5 ) Ayen & Koko rm 160 /
6 ) Hall Liam rm 100
7 )
Sharul Nizam Abd Rahim rm80/ ( Tambah lagi satu. )

Thursday, 23 June 2011

The Abandoned Kitten In the middle of between streets...


Malam ni seperti biasa jamil berjogging dalam bandaraya kuala lumpur bersama JK berok jantan jamil. selepas melintasi depan bangunan DBKL melalui traffik light dan melintasi dataran merdeka sebaik sahaj melintasi traffik light jalan raja iaitus ebelah mahkamah jalan raja. jamil terdengar bunyi anak kucing mengeow geow . mcm meminta tolong. jamil biasalah kalau bunyi anak kucing sensitif sungguh. dari jauh ternampak seekor anak kucing kecil berada betul betul di tengah tengah pembahagi antara dua jalan. andai kata dia turun je ke jalan baik kana atau kiri jawabnya innalillahhiwainnailaihirojioun le jawabnya. dgn kenderaan semua laju laju.



Entah mcm mana orang kenal jamil atau tidak sebaik jamil nak melintas untuk mengambil anak kucing tu semua kereta berhenti sampai jamil patah balik ke seberang jalan. masih terfikir dalam kepala otak cam mana anak kucing tu boleh berada di situ.kerana jalan dis itu tak berhenti kenderaan lalu lalang. inilah dia negaraku malaysia.

Wednesday, 22 June 2011

Sifat manusia kucing biasa di buang sesukahati...

Human why they are so cruel , when come local cats or kitten they just dumb anywere when they dont want it. but when come to imported cats, kitten, beranded cats or kitten they love it. they took it very nice. human are worse than animals.







Nak di maki hamun dan letih, nak di kutuk dan sumpah seranah dah malas. nak di tegur atau di belasah tak kenal siapa. jadi ko orang fikirlah sendiri .jamil dah malas . anak anak comel yg masih menyusu di buang sesuka hati ,kenapa? kenapa manusia bersifat begini.dan yang buang ni melayu.



Macamana jamil tahu. ? dalam box tu ada di lapikkan baju kelawar. hanya melayu sahaja yg pakai baju kelawar ,dan setiap anak kucing bau bedak sejuk. kenapa mesti begini. kata negara islam tetapi tiada undang undang yg boleh menghukum manusia berhati binatang. bayangkan kalau anjing anjing liar merayap rayap di kawasan pasar itu.







Ya Allah kau laknatlah mana mana manusia yg membuang anak anak kucing ini.jamil nak tanya satu je soalan KALAU LAH ANAK ANAK KUCING INI KUCING BERMEN, PERSIAN, BANGEL,BRITISH SHORTHAIR,ROYAL SCATTER adakah mereka akan membuangnya. manusia mansuia berhati haiwan.




If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"

http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall

Thursday, 16 June 2011

Terimakasih atas sumbangan


Admin mengucapkan jutaan terimakasih kepada penyumbang penyumbang yang memasukan sumbangan sumbangan ke dalam akaun En Jamil dalam seminggu dua ini. menurut En Jamil ia benar benar membantu beliau .

Buat masa ini Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Kuala Lumpur ( PPKSKL ) belum lagi mempunyai akaun bank dan untuk sementara anda boleh menyumbang dengan memasukan wang ke dalam akaun En Jamil iaitu di

PUBLIC BANK:

PUBLIC BANK (Kuala Lumpur CITY MAIN OFFICE)

JAMIL BIN ISMAIL

ACCOUNT NO: 4-9419908-25

For oversea Donors Sort Code: (PBBEMYKL)

MAY BANK BERHAD; MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) JAMIL BIN ISMAIL ACCOUNT NO: 164016046536 For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL)
Kemungkinan pihak persatuan akan mula membuka akaun di minggu hadapan
dan Admin akan memaklumkanya di blog dan facebook fanpage. Admin mata berharap pencinta pencinta haiwan tidak berhenti di sini sahaja. teruskan menyumbang untuk membantu En jamil buat masa ini dan persatuan seterusnya.

Sama-samalah membantu haiwan haiwan terbiar. jadikanlah mereka sahabat kita . bukan barang mainan kita.

Saturday, 4 June 2011

Terimakasih Mr Peter H K Lim (Facebook )

SUMBANGAN DARI Mr Peter H K Lim


Hari ini jamil menerima sumbangan dari seorang sahabat berbangsa cina. dalam facebook Peter H K Lim (Peter H K Lim) .beliau telah memberi sumbangan kepada kucing - kucing dalam jagaan jamil cukup untuk membeli makanan kucing selama sebulan. terimakasih di ucapkan kepada Peter H K Lim (Peter H K Lim) .

Apabila persatuan jamil di luluskan oleh ROS beliau antara orang yg jamil hantar surat memohon sokongan dan sumbangan. semua yang jamil hantar 15 orang. 13 orang melayu 2 orang cina. di antaranya en Peter H K Lim (Peter H K Lim) dan beliau adalah orang pertama yg menjalankan tanggungjawab .dengan memberi sumbangan. tak perlulah jamil ceritakan berapa. sebab nanti akan ada pula yg busuk hati ( pengalaman ) apa yg jamil boleh kata sumbangan itu cukup untuk memberi makan 100 ekor kucing selama sebulan.

Antara orang yg jamil hantar surat berserta bukti bukti tentang kerja amal jamil dan surat pengesahan ROS ialah 3 orang sultan , 2 tengku mahkota , 5 tokoh koperat , 3 orang biasa iaitu peniaga .salah seorang peniaga itu ialah Peter H K Lim (Peter H K Lim) sebab sebab jamil memohon sumbangan dari mereka mereka ini bukan kerana siapa mereka tetapi kerana mereka mempunyai kemampuan untuk menyumbang.dan kerja amal yg jamil jalankan ini samaada terima atau tidak ia adalah kerja semua manusia ciptaan Tuhan.

Jamil beri sebulan kepada yang jamil hantar surat.lepas sebulan jamil akan paparkan siapa mereka yang jamil pohon.cuma buat masa ini apa yang jamil selalu kata iaitu bangsa cina lebih maju ke depan dalam membantu kerja amal yang jamil buat. kenyataan tetap kenyataan. jgn marehhhhhhh

Sunday, 29 May 2011

Senarai ahli jawatankuasa yang telah di lantik.





Senarai - senarai dan wajah wajah ahli ahli jawatan kuasa PPKSKL ( Persatuan perlindungan kucing selangor kuala lumpur yang telah di lantik untuk tempoh 3-5 tahun. termasuk 2 orang pemeriksa kira kira.