Thursday, 10 May 2012
Ppkskl akan buat apa yang termampu.
Salam.
Buat masa ini saya sebagai pengerusi akan buat apa yang saya mampu. saya akan berusaha apa yg boleh untuk menjadikan ia berjaya.tak cepat lambat insyaallah ia akan terjadi.buat sementara waktu saya hanya mampu mengunakan rumah saya sendiri dan saya hanya buat setakat yg saya mampu dan boleh. walaupun setakat ini boleh di katakan hanya saya seorang yg benar benar menyelamatkan haiwan secara total kerana hanya saya seorang yg tidak berkerja dengan mana mana kerajaan atau syarikat.jadi saya tiada kerja hakiki untuk di buat.
Saya rasa pembaca tentu tahu saya dan beberapa ajk ppkskl pernah sehingga berjumpa menteri dengan hajat untuk membina taman haiwan dan ppkskl telah di offer bekas taman arnab di taman botani shah alam . sebagai sebuah persatuan yg baru di tubuhkan walaupun hajat ppkskl besar tetapi tanpa wang ringgit apa pun tidak boleh di lakukan. setakat cakap siapa pun boleh. dan untuk mendapat sokongan atau sumbangan besar di negara kita malaysia ini tanpa sokongan atau pertolongan orang politik terutamanya kerajaan tak payahlah kita mimpikan.
Ini kerana negara ini pemerintahnya tidak tahu membezakan di antara kerja amal dan politik .apabila ppkskl di berikan tempat oleh kerajaan tentulah dalam permikiran orang yg waras ppkskl mengharapkan kerajaan mendahulukan sokongan berupa wang tak kira sumbangan atau pinjaman. setelah kita berjaya naik barulah orang akan terbuka mata untuk mengeluarkan wang apabila mereka nampak sesuatu yg mereka boleh mendapatkan buisness. dan dari situ lah baru ppkskl dapat membayar semula pinjaman jika di katakan pinjaman.
Hanya manusia bodoh dan bahalol sahaja akan mengatakan dah di beri tapak wang carilah sendiri , ya mungkin boleh jika saya pengerusi adalah ketua bahagian umno atau orang kuat umno. itulah caranya di malaysia. apabila saya menubuhkan ppkskl dan walaupun saya seorang penyokong pembangkang tetapi saya cuba untuk tidak membawa politik dalam ppkskl. tak kira belah pemerintah atau pembangkang .sebab itu saya tak pandai nak jadi seperti orang bodoh tunjuk isyarat 1 malaysia ke. nak bodek ke. nak ampu ke tiada kerana itu bukan budaya saya .
Apa pun dalam dunia ini kalau tiada wang kita tak perlulah bercerita besar bercakap lebih. everything need money. apa yang saya personally idamkan dan hajatkan untuk membuat taman kucing ialah untuk membantu haiwan dan negara.memperkenalkan negara kita malaysia kepada dunia lain. yg kita salah satunya negara asia yg menyayangi haiwan. tetapi apakan daya . I WAS BORN IN THE WRONG COUNTRY . you nak buat kebaikan buat sendiri. orang hanya akan bantu apabila you dah ada nama, tempat you dah maju atau orang nampak boleh dapat nama atau ruang membuat duit itulah budaya 1 malaysia.
Persatuan perlindungan kucing selangor dan kuala lumpur ppkskl di tubuhkan di negara yang salah. ia mungkin akan berjaya jika di tubuhkan di negara negara yg penduduknya 90% kafir. ini kenyataan walaupun pahit di dengar ia adalah kebenaranya.
Jamil bin Ismail
1 comment:
Assalamualikum
walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.
Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam admin, saya percayakan admin. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik yg admin lakukan. Insya Allah saya akan bantu semampu sy.
ReplyDelete