PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Friday, 2 March 2012

Pembunuhan yg di halalkan.


Kalau anda benar benar sayangkan kucing tak kira kucing apa anda patut menyokong petition ini . iaitu meminta DBKL atau mana mana majlis bandaran lain di malaysia tidak menangkap kucing kucing terbiar kalau hanya untuk di bunuh ( PTS ) Kami pencinta pencinta haiwan di malaysia menentang keras pembunuhan kucing kucing terbiar dengan ayat ( PUT TO SLEEP ) yang bunyinya begitu merdu tetapi sebenarnya kejam. Tiada sesiapa pun berhak untuk mematikan mereka waaemah apa apa pun alasan.

Kalau hanya setakat komplain dari orang perseorangan itu tidak melayakkan DBKL atau mana mana majlis perbandaran untuk menangkap dan membunuh mereka. Jika benar DBKL atau mana mana majlis perbandaran kasihkan kucing terbiar mereka sepatutnya menyokong Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL untuk membina Taman kucing di Taman Botani Shah Alam .

Kami Persatuan Perlindungan Kucing Selangor Dan Kuala Lumpur PPKSKL dan pencinta pencinta haiwan di malaysia sentiasa memerhati dan bersedia untuk mengambil tindakan terhadap mana mana agensi, orang perseorangan atau sesiapa yang menginaya atau membunuh haiwan terutamanya haiwan manja seperti kucing dan anjing . sesukahati.

Kepada pencinta haiwan bersatulah kita demi haiwan.sudah sampai masanya kita bersatu demi haiwan ,keadilan , keselamatan , dan kesejahteraan mereka .walaupun dengar katanya ada ngo yg sekarang mengambil kucing kucing dari DBKL .Tak tahulah mereka buat kerana ikhlas atau jalan untuk membuat wang kami tidak tahu. tetapi kami menentang PTS. Apa kata PTS itu di lakukan kepada orang yg nak melakukanya kan aman dunia ini.

http://www.thepetitionsite.com/1/berhenti-bunuh-kucing-stop-killing-cats-put-to-sleep/

No comments:

Post a Comment

Assalamualikum

walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.

Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!