Wednesday, 28 March 2012
Bertapa Siksa hidupnya
BERTAPA SIKSA HIDUPNYA !!!!!!!
Shakimara kucing yang sebelah telinganya telah di potong yg jamil selamatkan dari kawasan gerai makan medan mara 5-6 bulan dulu. bayangkan dalam masa itu cukup susah nak sentuh , rapat ,pegang malah dekat.dia anak marah , mengamok dan mula nak mencakar dan mengigit. pengalaman jamil kucing kalau garang , susah nak jinak mereka tentu pernah mengalami sesuatu yg membuat mereka ketakutan.atau fobia.
Selepas 5-6 bulan setiap hari jamil cuba belai,cuba sentuh dan cuba manjakan alhamdullilah 80% dah ok. dah boleh dukung dia , pelok dia, cium pipi dia , makin manja tetapi tetap berhati hati. so sambil pelok sambil belai jamil tengok tengok keadaan dia.
Masyaallah rupa rupanya bukan sahaja telinga dia di potong malah kedua dua kaki belakang dia di pukul sehingga menjadi leper. kuku dan kulit sama rata . kalau kita pegang ia leper. kuku telah masuk ke dalam daging tiada lagi kuku kaki. patutlah dia garang dan fobia terhadap manusia.ini mesti kerja bangsa kita melayu. MOHON MAAF BUKAN MENUDUH tetapi gerai gerai makan di medan mara 100% melayu tiada cina atau india.
Tapi kenapa sampai begini. anggapan ku
1) Curi ikan atau makan .....kaki di pukul
2) Curi lagi makanan makannya degil telinga di potong pula.
Kenapa sampai begini kejam kejam.
Jamil Bin Ismail
Pengerusi persatuan Perlindungan
Kucing selangor Dan Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Assalamualikum
walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.
Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!