PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Thursday, 1 March 2012

Menjawab Tuduhan Tuduhan En Sharul nizam Ab Rahim

Menjawab Tuduhan Tuduhan En Sharul nizam Ab Rahim

Assalamualaikum warahmattullahhiwabarokatuh..

Semenjak dua menjak ini salah seorang ajk PPKSKL yg di lantik oleh saya untuk memenuhi jawatan sebagai Ajk Biro dana telah bertindak menhentam saya , setiausaha ppkskl dan bendahari ppkskl dgn berbagai tuduhan , saya di tuduh berbagai tuduhan yg saya sendiri tak pernah terfikir untuk melakukanya . saya tidak minat perkara ini di panjangkan kerana agenda saya lebih jauh dari bergaduh atau membusukan orang mahupun mencari salah orang tetapi beliau tidak habis habis dan tidak berhenti menghentam saya tanpa sebab musabah.

Mungkin ia membawa keseronokan kepada beliau kerana katanya walaupun beliau hentar beliau masih mahu duduk minum kopi bersama saya . itu perangai orang politik. saya tiada perangai begitu walaupun saya menyokong parti politik. dan saya tak mahu politik di bawa ke dalam ppkskl , berbeza dgn beliau. bergambar , menulis, sms , email , semuanya 1 malaysia. itu sudah membawa politik ke dalam ppkskl. sifat beliau yg menghina orang cina membuat saya kurang selesa. tak kiralah mereka dap ke. mca ke itu racis. kemudian ada cina yg suka kucing beliau puji pula .


Pada saya perbuatan beliau tak lebih dari mahu menutup pekong di dada di atas janji janji beliau yang beliau tidak dapat tunaikan , dari mula bersama ppkskl sehingga sekarang . janji janji yg kami sendiri tak pinta tetapi beliau buat.

antaranya

1 ) Mengotakan harapan saya untuk mencari dana rm 100k untuk memulakan kerja kerja persatuan.
2) Janji beliau untuk membawa ppkskl berjumpa menteri besar perak
3) Janji beliau untuk membawa ppkskl berjumpa perdana menteri

4) Janji beliau untuk memberi pinjaman rm 10k pada bulan disember 2011untuk kegunaan persatuan

5) Janji beliau untuk dapatkan sumbangan dana dari beberapa orang.

6) Janji beliau untuk saya mendapat pinjaman marah bagi memulakan perniagaan

7) Janji beliau untuk saya mempunyai gaji .

Dan juga pada saya beliau ada mempunyai tujuan lain apabila mula merapatkan diri dengan saya sehingga saya tertarik untuk membawa beliau bersama dalam perjuangan ppkskl .di mulakan dengan beliau selalu menyumbang untuk untuk kucing saya. menyumbang sangkar ketika saya mengadakan pungutan sumbangan wang untuk membeli sangkar .baru.


Sebab saya berkata begitu dari perjumpaan dengan YAB Noh Omar hingga ke perjumpaan dgn Pengarah MOA beliau pasti akan membawa orang luar yg tiada kena mengena dgn ppkskl. sekali. apabila di Tanya alasan beliau . orang ini yg akan menyumbang rm 100k ./ orang ini yg akan bawa ppkskl ke pejabat pm / orang ini yang akan membantu kita . dan kebanyakan soalan beliau dalam mensyuarat ialah

1 ) ada tak peluang untuk dapat geran itu geran ini

2 ) ada tak peluang untuk dapatkan projek itu porojek ini

3 ) ada tak peluang untuk dapatkan potongan cukai melalui ppkskl

4) ada tak peluang untuk dapat surat itu surat ini.

Pada saya beliau memang tidak berminat langsung dalam perjuangan membela haiwan haiwan terbiar sebenarnya. melainkan hanya bercakap besar dan mendabik dada. pengalaman saya 16 tahu membuat kerja amal demi haiwan selalunya ornag yg bercerita lebih , bercakap besar mereka tiada minat untuk membuat.selain bercakap sahaja.demi utnuk menutup sikat mereka itu bereka bercakap. komplain sana komplain sini. tunjuk yang mereka perihatin.

Beliau menuduh saya membuat claim dgn duit persatuan , ya saya mengaku saya buat claim,dan saya telah maklumkan kepada ajk ajak ppkskl sebelum beliau menyertai kami lagi. dan antara clain yg saya buat atas kebenaran ialah

1 ) Duit duit saya yang di gunakan untuk menubuhkan ppkskl. dari segi duit steam , duit pembelanjaan surat, pos , ink printer , kertas , segala pembelanjaan untuk memulakan ppkskl sehingga mensyuarat agong pertama.semua duit saya sendiri. duit minyak untuk timbalan pengerusi hantar surat surat ke ros. semuas aya tanggung. masakan saya mengajak mereka saya mahu mereka keluarkan wang.saya bukan orang kaya. saya gunakan sedikit sedikit wang simpanan yang saya ada.

2) Dalam mensyuarat pertama selepas di luluskan saya beritahu mulai sekarang saya akan claim makanan kucing yg saya beli.ini kerana buat masa sekarang hanya saya seorang yang membuat kerja menyelamat dan menjaga kucing kucing terbiar. semua ahli ahli jawatankuasa bersetuju. jadi kenapa di ungkitkan.

3 ) Saya claim duit mintak , duit toll , duit yg di bayar terlebih dahulu oleh ajk jak jika perlu.

Saya tidak takut dgn ugutan beliau. malah jika mahu saya sendiri akan laporkan kepada sprm atau ros supaya menyiasat saya. untuk memastikan ianya telus.

Ya memang saya tubuhkan ppkskl untuk membantu kerja amal saya . kerana mustahil saya hanya nak buat seperti sekarang sampai ke tua. idaman saya ialah sebuah taman kucing jadi ia mesti dari bawah. buat apa saya tubuhkan persatuan untuk orang lain. kalau mereka mahu kenapa mereka tak buat sendiri. adakah ppkskl untuk diri jamilkucing. jawabnya tidak. ppkskl untuk membantu dan meneruskan kerja amal yg di jalankan oleh jamilkucing. salahkah beliau sebagai seorang yg melakukanya membuat claim .

En sharul bercakap ppkskl sepatutnya membantu mana mana pencinta pecinta haiwan yg layak. ya betul jika ppkskl sudah mempunyai wang yg banyak dan stabil. buat masa ini ppkskl sendiri tercungap cungap adalah mustahil ia dapat membantu pencinta haiwan lain. malah saya pernah bercakap dgn en sharul atau beberapa orang lagi yg saya lupa.siapa. kalau ppkskl stabil banyak wang. siapa yg membela kucing lebih dari 30 ekor kami mahu berikan 500-1000 sebulan bagi membantu mereka.

Saya yang menubuhkan ppkskl tetapi saya tidak pernah termimpi taman kucing melainkan hanya indaman yg saya sendiri tak pernah terfikir akan terjadi . saya tak pernah bermimpi ia akan terjadi di Malaysia. tak kiralah di bawah kerajaan barisan nasional atau pakatan. berdasarkan bangsa yg ada di Malaysia. jadi ia memang tiada dalam agenda penubuhan ppkskl. tetapi apabila terjadinya perjumpaan dgn YAB Menteri DS Noh omar ia satu bonus kepada saya atau ppkskl . tentulah saya suka dna mahukan.

Cukuplah di sini penerangan saya.saya pun tak minat nak panjang panjangkan hal ini .saya tidak pernah terniat untuk bermusuh dgn beliau tetapi tuduhan tuduhan beliau amat dsayat. saya tidak takut nama saya busuk. saya sudah lali di busukan. di hina di fithnah, di caci. dah berbelas tahun. andai kata pihak musuh menunggu semua ini SO WHAT ? rumah siapa tiada pergaduhan. persatuan mana tiada masalah, parti mana tiada masaalah. siapa yg tak bergaduh.pergi jalan dgn mereka. saya hanya nak teruskan apa yg saya sudah lama buat.


Sikap beliau yg boleh membusukan ppkskl :suka mengugut pegawai kerajaan !

Sharul Nizam Ab Rahim
Saya telah meminta Ketua Pengarah DVS Malaysia, Y Bhg Datuk Dr Abd Aziz memberi bantuan dan sokongan yg significant kpd PJK.

Saya juga telah memaklumkan kpdnya. Andainya gerak kerja diatas hilang suatu hari nanti disebabkan DVS Malaysia tidak memberi apa2 bantuan dan sokongan yang significant, Y Bhg Datuk Dr Abdul Aziz adalah manusia yang perlu bertanggungjawab sewaktu beliau mempunyai kuasa sehinggalah beliau menghabiskan sisa2 pencennya bersama anak cucu kelak. Manakala Pegawai kesayangan beliau bernama Dr Ardhy bin Adnan akan saya lihat sebagai Tuan Penasihat 25% Sadiq Segaraga

Jamil Bin Ismail
Pengasas / Pengerusi
Persatuan perlindungan Kucing selangor Dan Kuaal Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Assalamualikum

walaupun anda mungkin tidak sependapat dengan kami. tolong jangan tinggalkan komen yg boleh di sifatkan kurang ajar.jika anda tidak sudi membantu tak perlu masuk sini. malu dengan bangsa lain.kalau anda mahu meninggalkan komen yg bersifat kurang ajar.sila buka profile anda supaya kita boleh berdepan. harap maklum.

Kami meletakan no bank akuan sebab kami persatuan menyelamatkan kucing kucing terbiar..harap maklum. .kami bukan persatuan untuk mengisi poket kami. harap maklum.!!!