PPKSKL FANPAGE FACEBOOK

PPKSKL FANPAGE FACEBOOK
Facebook SILA CLICK.

JKCR Animals Care

JKCR Animals Care
Facebook

Saturday 28 April 2012

FOUND SMALL KITTEN ONSIDE OF BUSY ROAD


Hari ini hari sabtu petang pergi ke pasar malam pandan jaya. sampai dekat simpang traffik light maju jaya dekat rumah saya dahulu. sewaktu tengah tunggu lampu hijau dengar suara anak kucing.saya memang cukup sensitiv kalau bunyi kucing.syukur alhamdullilah di kurniakan pendengaran yg tajam. Nampak dari jauh seekor anak kucing betul betul di tepi jalan yg sedang sesak.Saya tahu kalau dia terkejut mesti dia berjalan atau berlari dan pastinya mati.

JUMPA KUCING BUTA SEBELAH MATA


Balik dari pasar malam singgah 7eleven.baru nak masuk seekor kucing hitam putih terus menerpa dan mengeselkan diri pada kaki . saya tengok salah satu biji mata tersembul keluar. terus ambil masukan dalam box bersama anak kucing tadi.



Tuesday 17 April 2012

Do Love Your Cats

Insyaallah ianya akan terjadi.

Maaf kerana lama tak update. blog persatuan.kerana kesibukan kerja kerja sendiri.







Baru baru ini pengerusi PPKSKL telah mengadakan pertemuan dengan dengan Yb YAAKOB SAPARI Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan yang juga sahabat pengerusi,atas arahan Mb Selangor Yab Tan Sri Khalid Ibrahim di atas permohonan pengerusi PPKSKL untuk mengadakan pertemuan dgn Mb Selangor dengan tujuan bagi mendapatkan tempat dan sokongan bagi membina sebuah tempat kucing kucing terbiar untuk di jadikan taman kucing bagi tujuan pelancongan.

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. pertemuan yg di adakan di bilik mensyuarat pejabat exco turut di hadiri wakil dari Dvs selangor dan juga En MD. Khairulnizam Bin Mohd Misnan Penolong Pengarah SSUPEN Selangor , menurut pengerusi perbincangan begitu mengalakkan sekali cuma buat masa ini pengerusi tidak mahu ia di war warkan lagi kerana takut anasir anasir yg telah mengagalkan rancangan pertama melakukannya lagi. biarlah ia jadi perbincangan dan perjumpaan rahsia dahulu.

Insyaallah ia akan terjadi kata pengerusi. pengerusi juga meminta pencinta kucing dan penyokong serta pendokong PPKSKL melupakan hajat membina taman kucing di taman botani shah alam di bawah kementerian pertanian kerana adalah amat susah untuk melakukan kerja amal jika ianya melibatkan fahaman politik.